ADAB KETIKA BERDOA

by - March 13, 2013

ASSALAMUALAIKUM

Berdoa merupakan satu ibadat yang perlu dilakukan dengan penuh adab dan sopan.
Mari kita pelajari dan amalkannya...bersama2

Adab Ketika Berdoa

  1. Berdoa dengan penuh harapan & kekhuatiran.
  2. Perlu merendahkan suara serta khusuk serta merasai kebesaran & keagungan Allah.
  3. Bertaubat sebelum berdoa.
  4. Memulakan & mengakhiri doa dengan selawat ke atas Nabi SAW.
  5. Memulakan doa dengan memuji2 & membesarkan Allah (wirid)
  6. Berdoa berulangkali 2 @ 3 kali.
  7. Dianjurkan mengangkat tangan & mngusap kemuka selesai berdoa.
  8. Berdoa pada waktu & tempat yang baik lagi mulia dan meghadap kiblat.
  9. Susunan doa haruslah sederhana + sopan + tepat tentang sesuatu yang diminta.
  10. Tidak terburu2 dan berputus asa jika doa tidak dimakbulkan.


Ketahuilah


Nabi SAW bersabda, maksudnya : 
" Doa itu adalah Ibadat"
(Riwayat Al-Tarmizi)


" Berdoalah kamu pada Tuhan kamu dengan merandah diri dan perlahan-lahan.Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas"
(Surah Al-A'raff-ayat 55)


Nabi SAW bersabda, maksudnya :
"Sesungguhnya doa itu terhenti diantara bumi dan langit , tiada naik sedikitpun sehingga engkau berselawat pada Nabi kamu"


Nabi SAW bersabda :
"Sesungguhnya Tuhan kamu malu terhadap hamba-Nya jika ketika mengangkat tangan kepadanya, lalu dia tidak kembalikan dalam keadaan kosong"


MARILAH SAMA-SAMA KITA TERUS BERDOA DAN BERDOA.SEMOGA DOA KITA SEMUA DIMAKBULKAN.....IN SHAA ALLAH....AMIN

You May Also Like

0 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish