Mar 15, 2013

SEGMEN HIJRAH ITU INDAH


Poster-Segmen

Assalamualaikum.....

Hijrah itu memang indah seandainya dilakukan dengan nawaitu yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, walaupun mungkin didalam proses penghijrahan kita itu akan memerlukan pengorbanan, ketahan mental dan fizikal. Namun tabahlah wahai hati kerana penghijarahan yang baik itu bakal mendapat balasan yang baik.In Sha Allah.

Usia semakin meningkat, status semakin berubah dari status seorang anak, berubah menjadi seorang isteri, langsung terus diberi lagi pertambahan nikmat status berubah menjadi seorang ibu pada seorang anak yang tiada tolok nilainya.Alhamdulillah. Namun walau sudah mempunyai semua nikmat dunia, masih terasa kosong dijiwa. Muhasabah diri...Astagfirullah...solatku tidak cukup 5 waktu , tidak tepat waktu, auratku tidak sempurna dihijab dan kadangkala melaksana tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan rasa tidak ikhlas.......

Aku beriltizam untuk berusaha memenuhkan solatku tepat pada waktu. menutup auratku dengan sempurna, serta melaksanakan tanggungjawabku denga seikhlasnya.
Setiap hijrah mesti ada halangan, cabaran dan dugaan, Syaitan membisik " tidurlah dulu"..."panas bertutup litup" .....tapi ku fikir dan muhasabahkan diri....
dugaan ku tidak sebesar dan sehebat dugaan Rasullullah SAW dalam berhijrah menegakkan syiar Islam.
Baru ku rasa sedikit kelapangan di dalam penghijrahanku....

Ya Allah bantulah aku, pimpinlah aku dalam beristiqamah dalam penghijrahanku ini. Semoga dapatku memenuhkan solat tepat pada waktunya, beramal ibadat agar menjadi tauladan pada zuriat kami. Serta melindungi auratku hanya untu suamiku.......Ya Allah bantulah aku....

Aku bukanlah seorang ustazah, pakar motivasi tapi hanya seorang anak, isteri dan ibu yang ingin berusaha berhijrah ke arah yang lebih baik kerana di sanalah yang akan abadi dan bukti cinta dan kasih padaNya dan mereka-mereka yang aku cintai.Harapanku agar sama-samalah kita berhijrah menuju jalan Allah....kerana HIJRAH ITU INDAH 


No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign