Mar 28, 2013

RADEN PUTERI ??? HEBATKAH KARYANYA?

Emmm bagI novelholic diluar sana korang mesti dah familiar dengan si Raden Puteri ni kan.
Bagi peminat novel yang junior macam aku masih x begitu mengenali beliau.
Mula tahu pasal novelis ni pun dari satu paper ni yang promosikan  hasil karya beliau.

BIAR MEREKA TAHU

Tengok cam best je....Sinopsis citer pun lain dari lain.
Korang nak tengok jugak ke? Jom lah kita review sket ek....



Novel Biar Mereka Tahu mengisahkan gadis bernama Qishtika yang dikurniakan anugerah istimewa oleh Tuhan apabila dapat mengetahui sesuatu kejadian akan berlaku di dalam keluarganya menerusi mimpi aneh.

Bagaimanapun, kebanyakan cerita daripada mimpinya itu tidak dipercayai oleh ibu bapanya. Hanya teman rapatnya, Syazee, menjadi tempat luahan rasa selama ini.



Semuanya bermula apabila dia mendapat mimpi aneh menggambarkan datuknya akan pergi buat selamanya dalam tempoh tiga hari. Khuatir dengan mimpinya itu, dia menceritakan segalanya kepada ibu dan bapanya.

Dianggap merepek, setiap butir ceritanya dianggap omong kosong dan langsung tidak masuk akal. Dia berkali-kali cuba meyakinkan mereka namun usahanya hanya sia-sia walaupun tiga hari selepas itu mimpinya menjadi nyata.
Walaupun terkejut, bapanya individu paling keras menolak kisah Qishtika apabila dia mendapat mimpi neneknya yang dipanggil Tok Perempuan pula bakal meninggal dunia.
Lebih mengejutkan, Tok Perempuannya menyembunyikan satu rahsia besar apabila pernah mengamalkan sihir sepanjang riwayatnya. Justeru, Qishtika harus memberitahu perkara sebenar kepada keluarganya agar mereka tidak ditimpa masalah lain selepas ketiadaan neneknya itu.
Berjayakah dia meyakinkan ahli keluarganya mengenai kisah mimpinya itu? Selami jiwa gadis ini, rasakan kehangatan derita dan amati ketekunannya dalam menerima anugerah luar biasa ini.

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign