Mar 11, 2013

SUAMI AKU USTAZ

SALE !!! DISCOUNT HARGA 

Suami aku ustaz ???
Taklah....ni bukan entri pasal suami aku ye....
Pasal Novel yang tengah h0t & sweet ni la
Xtually aku pun x beli lagi he2....dulu dah skodeng tapi x beli
Tuppp2 ade lah pulak sale!!! wohooo
Harus di cari & beli...



Novelis : Hannah Dhaniyah
Harga : RM 22


Hah itu harga sebelum sale ye...Jom tengok
harga after less



Hah discount ni hanya ada
di kedai buku POPULAR  je ye....harga jadi RM 14.90...
ok la tu kalau beli online pun RM 19.90
Sah laku dari 9 March - 15 March

Best sangat ke novel ni kan???
Haruslah best kawan2..pasal bakal berada di pawagam x lame lagi tau...
Hero nya siapa lagi kalau bukan Adi Putra...
Novel ni pun masuk carta bestsellers kat MPH Book Store..




Jom intai2 sinopsisnya...
Mana tau tersangkut kan.....Layaaaaannn


Sinopsis

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat? “Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?



No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign