ADAB TIDUR RASULULLAH SAW

by - April 08, 2013


Tidur adalah satu tanda kekuasaan Allah & merupakan satu ibadah.

Firman Allah  S.W.T
" Dan di antara  tanda-tanda kekuasaan Nya..adalah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian daripada Kurniaan Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yan mendengar "
Ar-Rum-23

ADAB TIDUR RASULLULLAH SAW

Menjadikan tidur sebagai satu ibadah.
Menghadirkan niat yang baik bahawa dengan tidur, kita dapat merehatkan badan & memulihkan kekuatan supaya dapat kembali beribadah.Ins Sya Allah tidur kita akan dapat pahala.


Tidur awal di malam hari.
Rasulullah tidur awal di malam hari & bangun di awal sepertiga malam untuk beribadah.


Tidak tidur sebelum Isyak 
Rasulullah SAW membenci tidur sebelum Isyak dan bercakap-cakap selepasnya


Menutup pintu, mematikan api & lampu.
Rasulullah SAW bersabda " Matikanlah lampu-lampu pada waktu malam jika kamu mahu tidur dan tutuplah pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kamu "


Berwudhu'
Baginda akan berwudhu' sebelum tidur kerana baginda sentiasa ingin dalam keadaan suci kerana takut maut menjemput ketika tidur.Selain itu dapat menjauhkan gangguan syaitan & perasaan takut.


Mengibas tempat tidur
Baginda mengibas tempat tidur 3x dengan membaca Bismillah,


Solat Witir sebelum tidur
Abu Hurairah berkata " Rasulullah SAW mewasiatkan 3 perkara : puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat & solat Witir sebelum tidur"


Menjaga aurat ketika tidur

Tidur dengan berbaring ke sisi kanan
Baginda meletakkan tangan kanannya di bawah pipi yang kanan.


Membaca ayat Al-Quran sebelum tidur
Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas, 2 ayat terakhir Surah Al-Baqarah, Surah Al-Mulk & Surah As-Sajdah.


Membaca doa sebelum tidur



SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...TIDUR PUN DIKIRA IBADAH....OLEH ITU....SELAMAT BERAMAL









You May Also Like

0 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish