RESEPI GULAI LEMAK UDANG + PETAI

July 28, 2013

menu request for iftar dari en.suami....gulai lemak cili padi udang dan petai.
mmmm jom intai2 resepi mana tau berkenan di hati ewah


.
bahan2 :
1kg udang atau boleh ikot suka banyak mana
1 cawan atau 1 kotak santan
2 biji bawang besar
2 batang serai diketuk2 ok
segenggam petai 
1 asam keping
10 biji cili padi
gula, garam, kunyit

cara2 :
⊙ blender atau tumbuk halus cili padi,bawang besar.
⊙ dalam 1 periuk, satukan bahan2 yg dikisar tadi dengan 2 cawan air, serai dan asam keping, kacau, biar dalam 3 minit.
⊙ masukkan petai, biar dalam 3 minit lagi, biar sampai petai empuk, baru masukkan santan, masak dan kacau jangan sampai pecah minyak. barulah masukkan udang, kacau perlahan2 tengok sampai kulit udang merah maknanya dah masak.jangan lama sangat nanti udang terlampau kecut dan keras.



.
 inilah hasilnya....selamat berbuka puasa

You Might Also Like

0 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish

NUFFNANG