RESEPI RENDANG AYAM # SIMPLE & PASTI MENJILAT JARI

by - August 14, 2013


.
 alkisah nye...raya kt kg x sempat nk rasa rendang...so kenelah buat sendiri bila balik umah sendiri...jom intai2 resepi rendang ayam versi mama darwiish...1st time tau masak rendang, selama ni tengok mak je....cornfirm resepi ni menjadi dan deliciouuuus hu


.
 bahan2 nya

○  ayam dalam 1 mangkuk
○ 1cawan santan 
○ 1 biji bawang besar
○ 4 biji bawang putih
2 keping asam keping
○ 3 helai daun limau purut
○ 1 helai daun kunyit
○ 1 batang serai
○ 1cm lengkuas , kunyit hidup, halia
○ 2 sudu kerisik
○ rempah menumis 
○ segenggam lada kering
○ garam dan gula


.
 hiris halus2 dan cantik2 daun kunyit dan limau purut.

rendam lada kering dalam air panas.

kisar halus lada kering, kunyit, lengkuas, halia, bawang putih dan bawang2 kecil dan besar.


.
 tumiskan rempah tumis, kayu manis, pelaga sampai naik bau, masukkan bawang kecil yg dihiris dan bahan2 kisar tadi.

tumis dengan api sederhana sampai pecah minyak.baru masukkan ayam dan asam keping.kacau sebati.

masukkan santan dan biar seketika sampai pecah minyak lagi.kemudian tambahkan kerisik dan hirisan daun limau purut dan daun kunyit.
kacau perlahan dan tambahkan garam dan gula...biar sampai menjadi sedikit kering dan siaaaap.

selamat mencuba....selamat hari raya

You May Also Like

3 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish