Sep 4, 2013

PANTANG LARANG BUAT TAPAI

Tapai merupakan sejenis manisan yang bahan asas nya terdiri dari pulut dan ragi.Diperam tanpa gula ok.Dibalut dengan daun pisang atau daun getah atau daun ape ntah hehe.Tersangatlah popular di negeri2 pantai timur.Memang best kalau makan nak2 kalau sejuk...huhu...


Yang ni tapai ubi kayu...sedap..sape x pernah makan nanti try lah....kat pasar ada jual x pun kat kedai2 makan masakan kampung.


Hah yang ni tapai pulut..memang favereeet aku lah..huh lama dh x pekena tapai ni.tapi bukan senang tau nak buat tapai ni...banyak pantang larang tau...antaranya :

* masa buat tapai x boleh dalam keadaan period ok.nanti x menjadi & masam.
* x boleh buat tapai dekat dengan benda2 warna merah, nanti tapai jadi warna merah.
* kalau nak buat tapai, x boleh kecoh2 kena senyap je, x boleh orang tahu.kalau x jadi masam.
* x boleh peram guna bekas besi,aluminium.kena guna daun2 atau plastik.

Banyak kan...percaye x? Memang betol, sebab pernah try buat tapai.x menjadi...ermmm misteri sungguh...mood keciwaa

pada yang pregnant jangan makan tapai, takut gugur/turun darah sebab tapai ada ragi.Ragi tu tajam dan panas.tapi jangan sampai kempunan pulak okay...ape2 tanye org yg berpengalaman ok...selamat bertapai semua haha

posted from Bloggeroid

13 comments:

  1. btl la kot buat tapai time period tak menjadi,
    sbb hari tuh buat tak menjadi..
    hampeh =.=

    ReplyDelete
  2. oowh yeke ... yuyu dah lama x mkn tapai ...

    ReplyDelete
  3. mmg banyak pantang larang dia. kalau tak, tak jadik. huhu

    ReplyDelete
  4. betol2 tok sy slalu buat tapai...dia gtau mmg byk pantang kalau nk buat tapai nih hihihi

    ReplyDelete
  5. memang betul. 1st time buat dulu memang x menjadi, jadi masam, mane x nye riuh 1 rumah time buat...mak dh ckp awal2...x pandai confirm x jadi...huh

    ReplyDelete
  6. sedapnya tapai pulut!!! my feberet tu...

    ReplyDelete
  7. Kalau nak bagi tapai berair dan manis, buat tapai selepas mandi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah cam tu ek? emmm sensitif betol si tapi ni ek

      Delete
  8. mak anis pndai buat tapai pulut .tp yg ptua last skli tu mcm tak je sbab mak anis peram pkai periuk elok je masak :) hehe

    ReplyDelete
  9. mintak maaf ya..skdar nk kawan2 perbetulkan pantang larang tersebut. sbb saya mula membuat tapai pada usia 20-an..alhamdulillah, pantang larang itu tak benar. boleh jadi secara kebetulan tapai itu tak menjadi dan di atas sbb2 lain. contohnya pulut perlu sejuk betul2 sebelum digaul ragi. jika tak, tapai akan sedikit merah. ataupon ragi perlu digaul rata seperti pulut perlu dikaup balik 3 kali, jika tak tapai boleh masam. sekadar berkongsi

    ReplyDelete
  10. patut pon tak menjadii. haritu buat tapai time period and tengok2 bila bukak color tapai jadi merah dan tak masak. challenging jgk nk buat tapai ni hikhik..

    ReplyDelete
  11. dh ikut pantang larang tak jadi jugak ni.
    kene praktis lg ni

    ReplyDelete
  12. Pantang larang masa membuat tapai adalah bohong dan sesiapa yg percaya boleh membawa kepada SYIRIK.

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign