Nov 24, 2013

Sinopsis Novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta

E-man Sufi
Karya Seni

“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas
sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang...
Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!”
JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran
Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada
pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk
jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu
agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik
perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais.
Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik
perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau
berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia
tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti
Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang
tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian
matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-
apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome.
Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut
abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu
menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila
mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua
kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu
bukanlah suami impiannya.

3 comments:

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign