Sinopsis Novel Projek Memikat Suami

by - December 23, 2013




NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air
selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan
berita peminangannya. Demi ummi dan babah,
Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun
dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki
yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak
tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan
saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya
setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri
saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you,
for every day of our married life, you will regret what
you have done today.” – Zahrain Alimin
Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat
dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali
sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya
badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh
berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun
berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si
mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah
ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta
dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak
membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in
love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain
Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud
pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah.
Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang
baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha
Nawwal Husna untuk membina rumah tangga
bahagia!

posted from Bloggeroid

You May Also Like

1 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish