Jan 6, 2014

Resepi Laksa Paling Simple Tapi Meletooop !!!

Hidangan untuk 6-8 orang

Bahan-bahan :
1 bungkus laksa
1/2kg ikan kembong/sardin
4 biji bawang besar
2 biji bawang putih
4 keping asam keping
1 kuntum bunga kantan
5 tangkai daun kesum
1/2 inci belacan
30 tangkai lada kering
Garam/gula

Hiasan :
3 biji telur rebus & dipotong 2
Timun / daun salad
Nenas / limau kasturi /limau nipis

Cara-cara penyediaan :
1. Celurkan / rebuskan laksa sehingga lembut & toskan.
2. Rendam / rebus lada kering dalam air panas sampai lembut.Gunting2 kan supaya biji nya terasing.Cuci & toskan.
3. Kisarkan bawang besar, bawang putih, lada kering & belacan sampai hancur.
4. Rebus ikan yang sudah dibersihkan bersama asam keping.Air rebusan x perlu terlalu banyak.Cukup sampai menutupi dasar ikan.Rebus sampai ikan masak dalam 4minit.
5. Asingkan isi & tulang ikan.Jangan buang tulang ikan.
6. Kisar isi ikan bersama air rebusan.
7. Kisar tulang ikan & tapiskan.
8. Campurkan semua bahan kisar di dalam periuk, masukkan daun kesum, bunga kantan, asam keping dalam air rebusan tadi.
9. Seimbangkan rasa dengan garam & gula.
10. Hidangkan dengan bahan2 hiasan tadi.

Selamat mencuba :)

9 comments:

  1. Assalamualaikum kak, alaaa kasi la tengok gambar laksa meletop tu. teringin sangat nak buat tapi malas. hehehe

    ReplyDelete
  2. zara suka mkn laksa.. nyummy !! Btw.. terima kasih Mama darwiish, this is for u.. ^^

    http://mr-mrshafiezy.blogspot.com/2014/01/terima-kasih-kepada-blogger-mama.html

    ReplyDelete
  3. Akak..sedapnya laksa tu. Saya memang hantu laksa, kalau makan laksa, tak ingat dunia dah..Baru 2 hari lepas buat laksa, tapi sekarang nak lagi..Yum..yum..laksa adalah makanan yang paling senang nak masak kan kak..hehe.

    ReplyDelete
  4. memang favorite licha ni laksa. hehe

    ReplyDelete
  5. Sedapnye... boleh try resepi mama darwish next time... :)

    ReplyDelete
  6. jadi menetes air liur nih hehehe :)

    follow done ya mam :)

    ReplyDelete
  7. ermmm ... sedapnya laksa ni .. nanti boleh cuba

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign