Apr 13, 2014

Tips Penjagaan Tudung Awning


Tudung awning memang menjadi trend sekarang, tidak kira usia.Kerana ia mudah dipakai dan terdapat dalam pelbagai design,warna dan saiz.Senang faham tudung awning ni tudung yang ada, benda keras dihadapannya bagi membentuk tudung agar mudah dan cepat dipakai.

Kalau kita pakai, cuci dan simpan dengan cara yang salah, nanti rosak lah awning samaada patah, bengkok dan sebagainya.Sayanglah kan...so jom kita berkongsi tips penjagaan tudung awning



1. Jangan cuci tudung awning menggunakan mesin kerana ia menyebabkan awning rosak dan patah.

2. Cukup hanya merendam tudung awning didalam air sejuk dan sedikit sabun atau hanya pelembut kain beberapa minit dan bilas.Tak perlu memberus kerana akan merosakkan struktur awning dan fabrik tudung yg lembut.

3. Keringkan dengan cara memerah di bahagian bawah sahaja, jangan perah di bahagian awning.Nanti awning patah dan rosak.

4. Jemur menggunakan penyangkut baju...pastikan bahagian awning..dalan keadaan baik dan tidak bengkok.

5. Cara menyimpan, seeloknya sangkut dengan penyangkut baju dan jangan dihimpit dengan baju2 yang berat.

6. Kalau nak lipat, just gulung tudung dan masukkan dalam awning, pastikan jangan tinding dengan pakaian2 berat.

■■■Awning yang patah dan rosak kadangkala memang boleh diseterika bagi memperbaiki bentuknya, tapi ingat kalai selalu ia patah, nanyi awning akan jadi lembik dan tak boleh diseterika lagi

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign