May 9, 2014

My 26 Weeks Pregnancy..Alhamdulillah

Alhamdulillah...kandungan mencecah usia 26 minggu...sekejap je masa berlalu.Terima kasih Ya Allah atas Kurniaan ini.Semoga semuanya sihat, selamat dan bakal menjadi Khalifah yang soleh.Amin...



Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 35.6sm. Beratnya lebih sedikit daripada 760g. Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak. 

Oleh kerana bayi anda membesar dengan pantas dan perkembangan otaknya begitu giat pada masa ini, pemakanan anda adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan serat, termasuk roti bijian penuh dan bijirin, kekacang dan beras perang mengandungi banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit

Kelas antenatal anda seharusnya sudah bermula dalam satu atau dua minggu ini, atau mungkin sudahpun bermula. Kelas-kelas ini dapat memberikan anda maklumat yang baik dan jelas tentang kelahiran dan hari-hari awal keibubapaan. Melengkapkan diri dengan maklumat akan membantu menenangkan apa jua keraguan anda tentang melahirkan bayi. 
  • Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Laman-laman di bahagian ini bertujuan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign