
Rainbow kek sebenarnya senang dibuat, tapi macam rumit je nak dibuatkan.Kek ni lembut, warna warni dan sangat sesuai untuk majlis harijadi kanak2.Ceria je kan.
Bahan2:
150g tepung superfine / hongkong
150g gula kastor
6 biji telur
80ml butter / marjerin yang dicairkan / minyak sayuran
80ml susu segar
1sk esen vanila
1sk baking powder
1sb ovelete
6 pewarna yang berbeza
(Ungu,biru,hijau,kuning,oren,merah)

Cara2:
1. Satukan tepung, gula, telur, ovelete, esen vanila dan baking powder dan pukul sebati sehingga gebu dengan kelajuan mixer yg tinggi.Dalam masa 6-7minit.
2.Tambahkan susu perlahan, dan pukul sebati sampai gebu selama 1 minit.
3.Griskan loyang pembakar.Saya guna loyang 7x3inci.Panaskan oven 160'.
4. Tambahkan butter yg dicairkan dan disejukkan perlahan lahan dan kacau sebati menggunakan spatula.
5. Bahagikan adunan sama banyak kepada 6 bahagian
menggunakan senduk.
6.Titiskan 2-3 titik pewarna ke dalam setiap bahagian.
7. Bakar setiap 1 bahagian selama 10 minit secara berasingan.Maknanya bakar 1 adunan persatu, bukan lapiskan.
8.Biarkan sejuk sebelum dilapiskan dan dihias dengan cream chese froastig

Resepi Creame Chese Froasting
250g cream chese
100ml thicked/whipped cream
50g gula kastor
Cara2:
1.Satukan cream chease dan thicked cream pukul sampai lembut, gebu.
2.Tambahkan gula kastor dan pukul sampai gebu.

Bila kek betuk2 sejuk, bolehlah lapiskan kek bersama cream chese froasting tadi.
posted from Bloggeroid
10 ulasan
Nampak memang rumit tapi kalau org dh suka buat..boleh je
ReplyDeleteKanak-kanak mesti suka ngan kek ni sebab colorful...
ReplyDeleteTgk resepi senang je bahannya tapi nak membakar satu2 cam malas hehehehe
Nnti kalau ada kerajinan tingin gak nak wat utk anak2 kat umah ni ^_^
meriahnyaa.. nak try lah nanti.. hehehe..
ReplyDeletememang cantik kan..sedap pulak tu..resepi pun tak banyak.boleh try ni :)
ReplyDeleteCantiknyeeee...
ReplyDeleteTapi, sy suke makan je.
Mintak sikiit.
http://drshikinzainal.blogspot.com
Wahhh..geram tgk kaler2 tu..tgk resepi pn xsusah..nk cube buat utk ulgthn pkawinan bln 3 nnt..colourful mata ank tgk kek cmni..haha
ReplyDeleteKte dah buat..mmg sdappp..sume ckp mcm kek bli..tq mama darwiish!!!
ReplyDeleteWahhhh tq share kna Cuba buat ni...
ReplyDeletesedap ni..nak juga buat kalau rajin
ReplyDeleteSaya dah buat. Jadi dan sedap. Thank u utk recipe
ReplyDeleteHasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish