Jul 20, 2014

Resepi BISKUT ARAB Mudah & Sedap

Biskut Arab atau snow ball memang menjadi kegemaran bila musim raya.Sekarang si Darwiish pun suka sebab rasanya yang manis2 lemak gitu.

Biskut ni memang teramat mudah,murah,cepat untuk dibuat.Hanya menngunakan 3 bahan je tau.Jom kita berkongsi resepi biskut arab.

RESEPI BISKUT ARAB




1 Adunan = 60biji

Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula kastor
1 tin kecil minyak sapi

Cara2:
1. Goreng tepung gandum hingga kekuningan tanpa gunakan minyak.Ia bertujuan meringankan tekstur tepung.Jangan sampai hangus.Biarkan sejuk.

2. Gaul sebati minyak sapi bersama gula kastor menggunakan spatula.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

4. Panaskan oven 170c.

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Dan warnakan mengikut kesukaan anda.

6.Ambil sedikit 2 adunan bewarna berbeza tadi dan bulatkan kecil2.Susun diatas tray yg sudah di gris.

7. Bakar selama 15minit dgn suhu 170c.Biarkan sejuk.

8.Keluarkan biskut dengan berhati2 agar tidak hancur.Golekkan didalam gula kastor.Susun didalam paper cup.

9.Simpan dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA

posted from Bloggeroid

6 comments:

  1. Selamat Hari Raya utk Darwish dan mamanya...

    ReplyDelete
  2. as salam. kena cuba buat raya ni... abe kie dtg singgah n jd follower no 1434. tq.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. sedapnya.. teringin nak buat biskut raya sendiri ~~~

    ReplyDelete
  4. Wow..senang nampaknye.
    Boleh buat ni..tapi kene tggu heroes tdo.
    Kalau tak..kepala depa yang masuk dalam besen kuih.

    ReplyDelete
  5. Ehhh senang sgt rupanya biskut ni!sue mintak resepi ya

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign