AIR SELUSUH ?

by - August 09, 2014

Apa itu air selusuh ? Air selusuh merupakan air minuman yang dibacakan doa, surah tertentu sebagai usaha dan ikhtiar memudahkan proses melahirkan bayi.Seeloknya air selusuh dibuat oleh si suami sendiri.Doa seorang suami adalah lebih mustajab.Insha Allah.Tapi kalau x yakin boleh lah upah mak bidan atau sesiapa yang berpengalaman dan pandai.Dipasaran pun banyak dah jual.Macam aku Alhamdulillah mak sendiri yang akan buatkan.

Cara Minum Air selusuh
Ia tak boleh diminum terlalu awal dari duedate...sebab air selusuh ni boleh mewujudkan konstraksi...maknanya nanti kita akan terasa amat sakit tapi jalan tak terbuka lagi.Seeloknya diminum di dalam labour room.

Hukum Buat Air Selusuh
Ianya Harus kerana bertujuan mengubat dan  merawat menggunakan ayat suci Al-Quran, doa2, selawat2 dengan niat kerana Allah.

Haram jika ia dibacakan dengan jampi serta mentera yang bertentangan dengan Islam Wallahu a'lam.

Sekarang dah nak masuk 39week...huh menunggu hari je...doakanlah keselamatan dan kesejahteraan kami ye....selamat hari raya...maaf zahir batin

You May Also Like

3 ulasan

  1. insha allah semuanya akan baik baik aje..selamat yah!! selamat hari raya !

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, sheila tak buat air selusuh ni. masa dekat labour room cuma minum air zamzam je. hehehe

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish