Oct 13, 2014

Peluang Review Makanan di PAK JOHN STEAMBOAT

Assalamualaikum and hai semua....
hari ni nak update entry tentang review makanan di PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ
di eCurve Damansara pada Sabtu yang lepas.
Alhamdulillah dan terima kasi kepada pihak PAK JOHN STEAMBOAT di atas kepercayaan yang diberikan.


Mesti ramai peminat steamboat kan dekat sini.Yang bestnya outlet PAK JOHN STEAMBOAT yang di eCurve ni secara buffet...di Wangsa Walk pula ala-cart...so boleh buat pilihan kat mana nak try kan.Harga amat berpatutan dan banyak variasi pilihan dari makanan hinggalah minuman dan pencuci mulut.Memang berbaloi kalau makan kat sini.Tak percaya? Check it out.....


Bahagian Sayuran...wow banyakkan...lebih daripada 20 jenis sayuran tau, ada carrot, tomato, brokoli, salad, sawi, kobis dan paling best bermacam jenis cendawan, ada inoki, cendawan butang, fungus dan banyaklah...sampai lupa namanya.Yang penting semuanya segar.


Yang ni pulak bahagian daging,seafood dan bebola.Pun sama banyak sangat pilihan sampai rambang mata dibuatnya.Kalau daging ada ayam, itik, lembu, kambing...ada yg diperap dengan rempah istimewa.Seafood pulak jangan citer la kan...ada udang, sotong, ikan, lala, dan macam2 lagi lah...semuanya segar dan menyelerakan.
Bab bebola pulak macam2 kaler, rupa, dan warna, ada ada bebola ikan, udang, ketam dan banyak lagi.


Sup pulak ada 6 jenis tau.Ha peninglah nak buat pilihan kan.Selalu kita makan sup dan tomyam je kan.Di PAK JOHN STEAMBOAT ada 6 jenis sup iaitu sup:
 miso
 chicken
curry
tomyam
beef bone
 dan yang paling terkini prawn soup.


Ok macam mane ... banyak pilihan kan, so yang ni 1st round hehe.Disebabkan belum cukup 2 bulan berpantang so seafood dan makanan yg sejuk2 aku tak makan banyak.So en.hubby la bedal segala seafood tu.Sos pulak ada macam2 jenis juga :
Thai sos
tomato sos
belacan sos
sweet n sour sos
green thai sos

En.Hubby suka sweet n sour sos, aku pulak suka thai n green thai sos.Rasa yg unik, masam,manis,pedas gitu.


Dim Sum OMG my feveret...pun ada kat sini tau.Lebih 20 jenis dim sum yg disediakan.Korang just order je.Macam2 jenis dim sum :
Fish n Cheese
Sew Mai
Carrot
Ketam
Udang
ahhhhh banyak lah yg penting halal, sedap dan panasssss


Kaya Balls & Waffle panas2 pun ade...order je.Macam2 flavour ada, choc, peanut, strawberry dan banyak lagi.
Yang bawah tu segala jenis mee ada, mee jepun, mee kuning, nasi semua ada.Adoi pening perot hehe.


Air pun banyak pilihan, air kosong, air suam, orange jus, ice lemon tea.Kalau nak yg panas ada milo, tea, mocha dan white coffee.Aiskrim potong, aiskrim kon, corn cup semua ada...wahhh meriahkan..Si Darwiish bukan main intai2 peti aiskrim tu.


waffle choklat, daging itik dan oyster dimsum antara feveret aku ahhhh..nak lagi.Muka Darwiish yg x sabar tunggu makanan masak.Sangat best makan di PAK JOHN STEAMBOAT.Betul tak tipu.


Inilah Jackie orang kuat PAK JOHN STEAMBOAT.Terima kasih Jackie atas undangan, layanan dan makanan yang hebat.Yang penting Halal dan The Best Steamboat In Town.
Harapnya dapat bekerjasama di lain kali.
Kalau korang teringin nak mencuba bolehlah usha2 :

  • Lot LG-13A & LG-15, 
  • Lower Ground Floor, 
  • Ecurve.No 2A, Jalan PJU 7/3,
  • Mutiara Damansara
  • 47810 Petaling Jaya, Malaysia

3 comments:

  1. tengok mcm menarik, terliur plak lama tak mkn steamboat

    ReplyDelete
  2. syok ye..nana pun mmg pengemar steamboat..berapa seorang?

    salam perkenalan :)

    jemput ke blog nana

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat job review makanan ni :)

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign