Oct 29, 2014

Makan-Makan Di LAMAN GRILL Lagi



Alhamdulillah, kali kedua dibelanja En.Suami makan-makan di Restoran Laman Grill milik Chef Zubir.Kali pertama dulu kami makan di outlet Putra Kajang, dan kali ni kami berkunjung ke outlet di Shah Alam pula.Kali ni ramai sikit, kawan-kawan En.Suami pun join.Baru meriahkan makan ramai-ramai.


Sambil tunggu pesanan tu, mata duk melilau menikmati hiasan dalaman restoran yang elegan dan cantik.Ha yang kat atas tu semuanya pencapaian milik Cef Zubir.Banyakkan... memang he born to cook hehe.


Ini pula wajah Darwiish yang tak tahan menunggu makanan sampai hehe.Mama tak berselfie sebab malu hehe...maklumlah kawan-kawan En.Suami ada hehe.


Menu setiap outlet berbeza rupanya.Kali ni aku try Beef Cheez Burger.
Sangat tak tahan melihat lelehan cheese itu.
Hidangan ni disertakan dengan French Fries+Cheese Sauce, Apple Salad, Onion Rings dan Tomato Sauce.
Burger dia memang best, patty nya dibuat dari daging yang segar dan berkualiti, ditambah dengan salsa avokado.Uhhhhh sodaaaaap !!!
Makan separuh je he...kenyang...transfer kepada En.Suami hehe.


Australian Baby Lamb Foreshank
Yang ni pilihan kawan En.Suami.Macam best je kan.Diaorang cakap memang tender daging dia, lembut sangat sampai lerai dari tulang.


Carbonara Spaghetti
Cam biasalah untu si Darwiish.
Tapi agak spoil sebab tak berapa awesome macam di Putra Kajang.
Yang ni agak lembik dan masin...uhhhhh


Sirloin
Macam biasa pilihan En.Suami.
Medium well, disertakan dengan salad buah pear dan kentang.
Sos blackpeper memang best.


Laman Grill @ Shah Alam
 G33, Blok 5,
 Laman Seri Business Park, 
Persiaran Sukan, Seksyen 13, 
40000 Shah Alam

Hours: 11.00am – 11.00pm EVERYDAY 
For reservation, call 03-5523 7386 (Shah Alam) & 019-2667386 (Kajang)

1 comment:

  1. Salam kenal..hi dear
    Alhamdulillah..rezeki besar tu..hihi..memang tempting semua tu..nice review..kalau letak price..memang perfect..hihi

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign