Resepi BAKED MAC & CHEESE simple

Baked Mac & Cheese
Pasti ramai penggemar macaroni & cheese kat sini kan.Hari ni nak share resepi mac & cheese versi bakar punya.Sangat simple but yummy.
Simple lah sebab guna sos prego dalam tin tu hehe.Jimat masa dan kos kan.Jom tengok bahan2 nya.
Bahan-bahan:
1 tin sos prego (saya guna traditional)
1 cawan macaroni
1/2 cawan daging/ayam cincang
1/2 biji bawang holland
2 biji bawang putih
1 cawan cheddar/parmesan cheese

Cara-cara:
1. Rebus macaroni bersama sedikit garam dan minyak zaiton sampai masak.
2. Goreng daging/ayam tanpa minyak sampai masak.
3. Tumiskan bawang dan bawang putih sampai naik bau dan masukkan daging tadi.
4. Masukkan sos prego dan gaul rata.
5. Masukkan macaroni tadi dan gaul sebati, masukkan segenggam cheese.
6. Masukkan kedalam loyang dan taburkan cheese ke atas permukaannya.
7. Bakar selama 20minit dengan suhu 190c

Taraaaaa ...yummmy kan....selamat mencuba.
posted from Bloggeroid
4 ulasan
sedapnya kak..ada cheese memang sedap!
ReplyDeletefiza rajin masak...nanti try la ye......go cheeeezyy hehe
DeleteNampak sedapnyaa
ReplyDeletenak tau sedap x sdp...kena try ye hehe
DeleteHasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish