Oct 17, 2014

Resepi Ciskut Sempoi Tapi Sedap


Ciskut @ chesse biscuit resepi trending sekarang kan.Dessert gabungan biskut kering dan cream cheese.Memang sedap dan sempoi.Tak payah susah nak stim atau bakar.Hanya sejukkan dalam peti sejuk.Sesuai sangatlah bagi yang malasss haha.


Bahan -bahan :

1 paket biskut kering cap Hup Seng.
(Boleh pilih Cream crackers atau deluxe)

2 cawan susu segar/cair
(Kalau nak lemak guna full cream, kalau nak kurang guna low fat)

1 1/2 cawan nestum

1/2 tin susu pekat

250g cream cheese


Firstly campurkan 1/2 tin susu pekat bersama cream cheese.Pukul hingga sebati dan lembut berkrim.


Tuangkan 2 cawan susu cair/fresh tadi dalam satu bekas.Rendam atau celupkan biskut tadi hingga meresap.Jangan terlalu lembik nanti patah.


Susunkan biskut yang telah direndam susu tadi di dalam tray atau bekas.Susun cantik2 tau.
Lepas tu sapukan dengan campuran cream cheese tadi.Sapu rata dan nipis ye.


ulang step tadi.Ikut suka hati lah nak buat berapa layer ye.kalau nak cantik better 4-5 layer.
Lapisan atas sekali biar tebal sikit cream cheese ye.


Ok lepas dah siap susun dan layerkan...taburkan dengan nestum tadi.Taburkan serata menutup permukaan creame cheese tadi.Cam ni hah.Pastu boleh lah sejukkan dalam peti sejuk.Agak2 dan set boleh lah potong.Makan jangan lupa Bismillah ye :)


Selamat Mencuba




3 comments:

  1. Salam singgah petang Mama...suka makan kuih ni,simple jer nak buat tapi rasa dia memang sedap...masa raya aidiladha hari tu Diana ada cuba2 buat...

    ReplyDelete
  2. Wah.. nj try la.. sedap nmpk.. Btw. selamaqt berkenalan mama..

    ReplyDelete
  3. sedap sangat sebab ada cream cheese tu kan..nak buat pun senang :)

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign