Oct 17, 2014

Suprise Dinner di Laman Grill Restoran Chef Zubir

Wah suprise dinner gitu....sapa yang menyemoncer hehe..
Siapa lagi kalau bukan husband yang ku kasihi hehe.Hari tu balik dari kampung lepas berpantang hubby ajak pergi ambik paper bag untuk majlis aqiqah baby Bella nanti.Jauh nya rasa perjalanan, buka-buka mata....hah depan Laman Grill Steak & Bar-B-Que.
Macam familiar je nama ni...hah Cef Zubir Master Chef tu punya restoran kan hehe...
Memang suprise ler kiter ye ....1st time lah katakan.


Tu hah, Chef Zubir kita...yang ni outlet di Putra Kajang.Cantik kan.Kat dalam dia dekorasi lagi cantik bertemakan Inggeris gitu.Jemput masuk kengkawan semua....


Ha buka-buka menu...ada lagi Chef Zubir hehe....sangat teruja nak pilih menu tau.Almaklumlah semua nampak menyelerakan, gourmet sangat.Semua makanan bertemakan western ye.Ciptaan chef pulak tu kan.Tapi tak ada rezeki bertemu beliau.Len kali ye chef.




Itu dia penaja rasmi hehe.Terima kasih daun keladi,Ada rezeki belanja lagi.
Hubby share air dengan si Darwiish diaorang minum Watermelon Juice.Dan untuk aku yang baru 44hari berpantang minumlah yang panas-panas ye.Brewed Coffee.
Aggggghhh dah lama tak pekena kafein.


Masih dalam mood berpantang.Terpaksalah order yang ni.Nak makan yang lain takut perut tak boleh digest lagi.
Grilled Spring Chicken.
Seekor ayam dara tanpa tulang yang dipangggang sempurna dengan herba2.Disertakan dengan sos cendawan dan tart kentang+daging salai dan salad.Memang yummy


Untuk Darwiish ofcoz lah Carbonara.
Dimasak dengan Italian Basil leafe, garlic, chic slice, smoke beef dan assorted mushrooms.
Memang terbaekkk yang ni.Tak sama dengan yang biasa kita makan.Cukup rasa, herba semuanya.Tak memuakkan.



Menu pilihan hubby Sirloin 200gms.
Specialnya kita boleh pilih portion daging yang kita nak.Kalau nak portion yang lebih banyak boleh pilih 320gm punya.Lepas tu kita boleh pilih cara masak sama ada nak dimasak welldone, medium, medium well atau rare.Hubby makan yang medium well...so berjuicy sikit kat tengah nya.
Side dish ada salad dan baked potato.Salad memang fresh giler..dressing sedap ada pulak campuran buah pear.


Thumbs up 4 Cef Zubir dan Laman Grill.Licin kan hahah.Berbaloi makan kat sini.Hari-hari tak dapat lah ye.Sekali sekala boleh lah...hiburkan perut hehe.
Harga makanan kami semua ni lebih kurang RM100+.


Haiiii....belanja 1 pic with baby Bella

Kalau berminat nak mencuba bolehlah bawa family ye.Banyak outlet ada kat Shah Alam, Wangsa Melawati, Kajang dan banyak lagi.

Laman Grill Kajang
38G,
jalan Putra 2,
Taman Putra Kajang,
43000 Selangor.


3 comments:

  1. belum ada kesempatan pergi makan situ.. selalu lalu jer..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak. wahhh sedapnya ~~~

    ReplyDelete
  3. wahh sedapnya semua menu kat sini kak..

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign