Nov 20, 2014

Bila Aku Ketagih KIMCHI

Haha bahayanya kimchi bakal membuatkan korang ketagih macam aku.Mula makan memang cam semacam je rasanya, tapi lama-lama tak boleh tak ada kimchi.Apa benda kimchi tu? Kimchi ni merupakan makanan tradisi Korea berkurun-kurun lamanya sehingga kini.Bahan utamanya adala nappa cabbage yang diasin dan diperam melalui proses penapaian bersama bahan lain seperti radish,serbuk cili dan banyak lagi.


Ini kimchi brand bibigo original dari Korea dan kompem Halal.Sebotol ni aku makan 3 hari je... adoiii kopak macam ni.. emmm kompem pasni akan buat homemade kimchi.


Kimchi memang syok dimakan bersama nasi, mee, maggi dan segala bagai lah.Kalau kita masyarakat Malaysia, kimchi ni lebih kurang macam lada jeruk, jeruk bawang putih gitu.kruuuup kraaaaap bunyi dia...puhhh masam, manis, pedas, masin semua cukup.


Jangan bimbang kalau makan kimchi banyak-banyak , ia sangat bagus untuk kesihatan,banya serat dan vitamin dan baik untuk penghadaman.Ada bakteria bagus untuk memelihara usus kita.Dan yang penting tak menghakis sebab ia tak menggunakan cuka.In Sha Allah

Jom berkimchi
posted from Bloggeroid

7 comments:

  1. X pernah cuba lagi...nanti nak cuba la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti cuba...kompem jatuh hati hehe... beli pek kecik je RM5 lebih.

      Delete
  2. pernah cuba makan sekali je masa bos ofis lama buat sendiri kat office..tapi mcm tak masuk tekak..tapi nengok ramai pulak suka makan kimchi ni..makan dengan nasik goreng pun ada..patut cuba lagi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti bos bazlia peminat korean food, haah ramai dh org malaysia suka, makanan dorang pun dh mcm2 kt pasaran... sedap mkn dengan nasi, maggi, sup yummmmy

      Delete
  3. pernah try makan kimchi before ni pastu dah tak makan dah...macam pelik sikit rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Karmila... heehe saye dulu cm tu juga...maybe 1st time kan... lagipon kalau kimchi yg buat sndiri berbeza rasa dan kualiti, maklumlah bahan2 x 100% sama dengan bahan asal korea :)

      Delete
  4. Sis kt mana ada jual kimchi ni yee..sy teringin plak nk mkan...

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign