Nov 11, 2014

SSAMBAP Menu Lunch Ala Korea

Ssambap antara makanan tradisi lama Korea.Dalam bahasa Melayunya ssambap adalah nasi balut / wrap rice.Sebab nasi dan segala ramuan akan dibalut dengan daun dan dimakan.Yummmy....dan menyihatkan.


Inilah ssambap menu lunch hari ini.Sekali sekala bertukar selerakan.Sebenarnya terpengaruh dengan runningman hehe...terliur tengok dorang makan...so try buat dan makan.Ssambap ni terdiri dari nasi,hirisan bawang putih, dry seaweed, salmon, grilled beef, kimchi dan sos gochujang beserta aneka daun dan salad.


Kalau di Korea dorang guna daun perilla, pucuk labu dan kale, disebabkan tak ada daun tu, aku just guna lettuce dan salad.Pun boleh,sedap dan sihat.Ambik sehelai daun dan sudukan 1 sudu nasi le atasnya.Tak kisahlah nasi apa, kalau nak feel lagi guna beras pendek/jepun tu.


Kemudian letakkan daging, salmon, bawang putih, kimchi dan sos gochujang.Sos ni adalah chilli paste versi Korea.Dah siap balut kan dan ngap by one shot je ye...puhhhhh sodap.....dengan pedas,masam dan rangup kimchi memang syiooook.Daebak kata orang Korea. Nantikan resepi ssambap pada entri di lain kali ok.

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. Wahhh.. Mama mcam org korea la.. Hehehe..

    Jom terjah entri baru Papaglamz

    http://www.papaglamz.com/2014/11/foodsglamz-ll-char-kuey-teow-juara.html?m=1

    ReplyDelete
  2. wah jeles nye.. nk try mkn mcm ni jgk..

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign