Dec 6, 2014

Resepi KIMBAB a.k.a Giant Sushi

Resepi Kimbab Sempoi


Kalau Jepun ada sushi, Malaysia ada lemang hehe..Korea pula ada kimbab.Beza kimbab dan sushi ni adalah saiz kimbab ni besar sikit pada sushi.. dan tak dicicah dengan wasabi tapi hanya dimakan begitu sahaja.

Bahan-bahan untuk nasi:

1 cawan beras sushi
2 cawan air
2 sudu sushi seasoning (cuka)
3 keping nori / seaweeed

Bahan-bahan inti kimbab:

1 keping telur dadar
3 batang sosej / crab stick
1 tin tuna / salmon
1 batang zukini / timun / sebarang sayuran

Cara-cara:

1.Cuci beras dan masak seperti biasa menggunakan sukatan air diatas.

2. Keluarkan nasi, isikan dalam besen plastik dan gaul bersama sushi seasoning.Dan biarkan sejuk.

3. Potong memanjang dan nipis kesemua bahan inti tadi.Bahan boleh tukar ikut citarasa.



4. Letakkan sekeping nori diatas tikar sushi.. letakkan dan ratakan nasi.Susun bahan tadi ditengahnya dengan kemas.



5. Gulung dengan cermat dan berhati-hati.Jangan sampai terburai ye.



Ok siap.... Kalau nak potong nipis cam sushi pon boleh.Tapi kimbab selalu dorang makan sikit-sikit.Selamat mencuba

posted from Bloggeroid

5 comments:

  1. Sedapnya...tq share resepi. Moga sentiasa dimurahkan rezeki...Aamin.

    http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Aaaaaa sedap nyaaaa kgimbap nomnom.
    Thanks for the simple recipe tho!!!

    ReplyDelete
  3. muat ke mulut nak masuk tu ekekeke

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign