Dec 15, 2014

Resepi MEETBALL ALA IKEA

Resepi Meetball Ala IKEA


Kalau sebut pasal meetball mesti teringatkan IKEA kan... huhu.. memang hot dekat IKEA sampai kena beratur berjam-jam nak beli tau.Apa kata kita cuba resepi ni sendiri... lagi berbaloi makan satu family.. puas..resepi ni boleh dapat dalam 30 biji meetball.

Bahan-bahan meetball:

400-450g daging kisar
2 biji kuning telur
1 cawan seruk roti @ tepung gandum
1sk garam
1sk mix herb
1sk serbuk lada hitam
1biji bawang holland (potong dadu)
1biji bawang putih (cincang halus)



Cara-cara:

1. Goreng bawang holland yang dipotong dadu dengan sedikit butter sehingga kekuningan.Jangan sampai garing.
2. Satukan kesemua bahan di dalam satu bekas dan gaul sebati.Perasakan dengan garam, jangan terlalu masin kerana ia akan dimakan dengan sos.



3. Bulatkan adunan tadi menjadi bebola yang super cute hehe.Ikut selera andalah nak besar ke kecik kan...
4. Susun di dalam bekas dan simpan di dalam peti ais sementara menunggu sos disiapkan.

Bahan-bahan sos :

1 biji bawang holland (potong dadu)
1 biji tomato (potong dadu)
2 sb tepung gandum
1 cawan susu cair @ susu penuh krim
1 kiub daging
2 sb butter
3 cawan air
1 sk serbuk lada hitam
3 sb sos tomato
3 sb sos tiram
3 sb kicap manis
kalau nak lebih creamy boleh tukar susu kepada krim dan cheese

Cara-cara:

1. Tumiskan bawang hollang dengan butter sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan tomato dan masak sehingga layu, kemudian tambahkan tepung.Kacau rata dan masak sehingga kekuningan.
3. Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap manis dan kiub daging.Kacau sebati.
4. Masukkan air dan kemudian susu.Perasakan dengan sedikit garam dan lada hitam sehingga masak.
5.Setelah masak blender sos tersebut sehingga hancur dan halus.
6. Ok siap, bolehlah hidangkan meetball dengan fanfries ataupun sayuran seperti brokoli dan carrot yang di stim.Nak lagi feel boleh makan dengan kranberry atau bery jem...so yumyyyy...


posted from Bloggeroid

5 comments:

  1. sedapnya nampak..boleh tyr neh.tq mama darwiish share resepi =)

    ReplyDelete
  2. ada masa hujung minggu nanti boleh la licha nak cuba

    ReplyDelete
  3. fuhh..rasa lapar plak tengok meetball tu..

    ReplyDelete
  4. Lelaju ja dayah klik masuk sini bila tengok tajuk . Dayah ambil resepi ni ok ^_^ nak try buat . Nampak sodappppp .. mabelessss

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign