Apr 28, 2014

MESIN JAHIT MINI Dari Lazada

Dah lama teringin nak beli mesin jahit...nak beli yang mahal..al maklumlah...he dengan budget dan kemahiran menjahit yang tak seberapa, so beli saja mesin jahit mini.OK ape...


Kali ke3 shopping di Lazada, memang best, selain sistem kurier taqbin yang mesra pelanggan, bayaran juga boleh dibuat semasa terima barang.So kat situ dah jimat masa, tenaga kan.Beli mesin jahit ni sebab utama nak buat barut,bedung dan nursing pillow untuk new born nanti hehe...


Ha...cantik tak...purple lagi...cute kan.

Harga■ RM63 after less RM150
Berat ■ 1.12kg
Metarial■ Plastik
Gift ■ Manual Book, Pedal, Adaptor, Set Tambahan


Yang best nye, kalau beli dekat pasaraya kena tunggu waktu less, lama tu, kadang tu tak disertakan adaptor, kena beli asing.So dah jimat dah kan.Kalau nak pakai bateri pun boleh AA++ 4biji.


Ha kalau nak guna manual pun boleh, ada 3 button kan.
Button 1 ■ On Off Lampu
Button 2 ■ Jahit
Button 3 ■ Speed


Ha cun tak....boleh lah menjahit dalam gelap haha


Hasil jahitan mesin jahit mini, cantik, kemas dan kukuh juga kan...so nantikan hasil jahitan di entri selepas ni ye kengkawan
Jom shopping di Lazada banyak pilihan, diskaun dan service yang tip top.

■■ Tak kisah lah barangan tu mahal atau murah, janji berkualiti dan kita pandai dan cermat menggunakannya..In sha allah ia akan ok2 aje ^_^
posted from Bloggeroid

Apr 27, 2014

Foto Perkahwinan Fizz Fairuz & Almy Nadia

Alhamdulillah....kalau dah jodoh.....bak kata Ustaz Kazim Ilias....selamat sudah mereka diijab qabulkan pada hari semalam.Tahniah....Jazakallah....














Semoga ikatan berkekalan dan di rahmati Allah...Amin

posted from Bloggeroid

Apr 23, 2014

Apa itu EMPLEX dan kegunaannya

Ada rakan blogger yang bertanyakan mengenai emplex dan kegunaannya khusus dalam pembuatan kek dan biskut.


Ha ini adalah salah satu jenama emplex yang ada di pasaran, yang disahkan halal oleh jakim.Gunakan tanpa was-was.

Emplex ni berbentuk serbuk putih yang kebiasaannya diguna untuk melembutkan roti, merangupkan biskut dan crumble.

Emplex boleh didapati di kedai runcit,pasaraya di bahagian bakery atau dikedai2 bakery...selalunya RM2 lebih untuk sebotol kecil.

■■■Harap dapat membantu kemusykilan rakan blogger....selamat bercookies hehe

posted from Bloggeroid

Baking Class #3 Red Velvet

Alhamdulillah...kembali mengupdate entry setelah seminggu bercuti dari dunia blogging...atas sebab2 personal hu...kali ni mulakan entry dengan baking class yang ke3 iaitu red velvet...yummmy....


Emmm sebelum ni join baking class buat, pandan layer dan chese tart kan.....so kali ni red velvet pulak....belajar dari yang pro dengan harga serendah RM10...sempena 1st anniversary outlet bakery tu...,


Macam biasa, sifu Kenny akan ajar, buat demo di depan, so kami student2 ni kena lah manfaatkan masa dan peluang ni untuk belajar, tengok, bertanya dan menambah pengalaman baru.....

Memang seronok sebab boleh mengetahui rahsia bahan bahan yang digunakan bagi menghasilkan red velvet beserta frosting yang gebu,moist dan yummmmy....

Macam biasa, sentiasa bersama peneman setia si manis darwiish

posted from Bloggeroid

Apr 16, 2014

Cara Ketahui Siapa Klik Nuffnang ADS

Macam mana cara kita nak tahu, siapakah yang menderma atau klik iklan Nuffnang yang berlegar di blog kita ye? Boleh cek ke...? So dengan beriye nye aku hantar tiket pada Nuffnang.

Soalan :
Bagaimana untuk saya ketahui siapa yang klik Nuffnang ADS ?

Jawapan
Nuffnang:


■■■Kita tak boleh semak atau tahu siapa atau blog mana yang klik iklan kita, kita hanya boleh semak dan ketahui jumlah dan tarikh klik iklan tersebut.

So....terima kasih pada sahabat2 yang selalu klik2 iklan kat blog ni ye....jom klik2
Nuffnang**

posted from Bloggeroid

Apr 14, 2014

GA Nurul Yui Collection


GA tamat : 24/4/2014
Senarai peserta : 25/4/2014
Tempoh semak peserta : 25/4/2014 - 27/4/2014
Senarai pemenang : 29/4/2014

NS Dreams Giveaway Contest


Pemenang akan diumumkan pada 28 April 2014.

1st GIVEAWAY BY DIANARASHID.COM


Tarikh tutup penyertan adalah pada 1-5-2014 jam  12 malam

Giveaway April by Syira Lokman


Tamat : 21 April jam 11:59 malam

Daim Giveaways dr Snek Lazat & Sedap


Tarikh Tamat GA - 23April14

Apr 13, 2014

Tips Penjagaan Tudung Awning


Tudung awning memang menjadi trend sekarang, tidak kira usia.Kerana ia mudah dipakai dan terdapat dalam pelbagai design,warna dan saiz.Senang faham tudung awning ni tudung yang ada, benda keras dihadapannya bagi membentuk tudung agar mudah dan cepat dipakai.

Kalau kita pakai, cuci dan simpan dengan cara yang salah, nanti rosak lah awning samaada patah, bengkok dan sebagainya.Sayanglah kan...so jom kita berkongsi tips penjagaan tudung awning



1. Jangan cuci tudung awning menggunakan mesin kerana ia menyebabkan awning rosak dan patah.

2. Cukup hanya merendam tudung awning didalam air sejuk dan sedikit sabun atau hanya pelembut kain beberapa minit dan bilas.Tak perlu memberus kerana akan merosakkan struktur awning dan fabrik tudung yg lembut.

3. Keringkan dengan cara memerah di bahagian bawah sahaja, jangan perah di bahagian awning.Nanti awning patah dan rosak.

4. Jemur menggunakan penyangkut baju...pastikan bahagian awning..dalan keadaan baik dan tidak bengkok.

5. Cara menyimpan, seeloknya sangkut dengan penyangkut baju dan jangan dihimpit dengan baju2 yang berat.

6. Kalau nak lipat, just gulung tudung dan masukkan dalam awning, pastikan jangan tinding dengan pakaian2 berat.

■■■Awning yang patah dan rosak kadangkala memang boleh diseterika bagi memperbaiki bentuknya, tapi ingat kalai selalu ia patah, nanyi awning akan jadi lembik dan tak boleh diseterika lagi

posted from Bloggeroid

Tudung Bwal Kangaroo Hadiah GA



Alhamdulillah....sori lambat update hehe....hafiah sebenarnya sampai hari rabu lepas....terima kasih penganjur, penaja dan rakan2 blogger semua.



Kali ni dapat hadiah tudung bawal kangaroo uyooo..syok nye...tengah trending tudung ni sekarang hehe..kaler purple lagi.....

posted from Bloggeroid

Apr 10, 2014

Status Halal PEPERO

Pepero Lotte produk jejari coklat yang popular dari Korea kerana kerangupan dan rasa coklat yang mewah.Tak dinafikan memang ia menjadi kegemaran aku sebelum ni,sekarang....mungkin tidak...hu


Memang tak dinafikan ia memang sedap, tapi kalau kita belek2 kotak mahupun bungkusan pepero tak kita apa perisa memang tak ada logo halal.Ramai juga yang duk bertanyakan status halal pepero ni.


Antara...jawapan dari JAKIM tentang status halal pepero.So..... fikir fikirkan....kalau dah was was ia sudah menjadi syubhah, seeloknya tak payahlah makan.In Sha Allah banyak lagi produk berasaskan coklat yang terjamin halal nya.Wallu 'alam

Sekadar perkongsian

posted from Bloggeroid

Anemia Semasa Pregnant

Allahuakbar....inilah dugaan dari tuhan...nampak macam remeh je kalau masa tak pregnant.Tapi bila pregnant memang terasa risikonya pada mama and baby.

Anemia ni keadaan dimana, kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah atau lebih mudah difahami dengan tekanan darah rendah.



Kalau hb darah ibu mengandung mesti 11 keatas...tapi aku dari pregnantkan darwiish 9-10 je...masih rendah.Sangat merisaukanlah sebab banyak effect dia samaada pada aku atau baby...emmmm

Memang sebelum ni pun aku ada masalah tekanan arah rendah...so bila pregnant ni lagi lah....doktor pun suggest kan macam2 cara pemakanan yang baik, macam byk makan hati,bayam,sayur,buah selain pil pil hematinik

Sekarang ni tengah cuba iberet vitamin khas untuk anemia pregnancy atas cadangan doktor, so lagi 2 minggu checkup, tengok ada perubahan tak.



DOAKAN KAMI BAIK2 AJE YER ♥

posted from Bloggeroid

Apr 9, 2014

FIGURE UP Ubat Kuruskan Badan Yang Bahaya


Pernah dengar tak jenama ubat pelangsing badan figure up?.Memang tengah hot sekarang kan, dengan testimoni, review keberkesanannya.Tak terkecuali aku pun pernah beli dan makan ubat ni.Tak silap RM60sebotol.Huh terkejut bila keluar dalam paper tentang bahaya figure up ni....nasiblah aku sempat makan dalm 20biji je...tak lalu nak habiskan sebab memang rasa teramat dahaga, tekak memang kering, bibir kering, pening kepala..huh...


Lepas ni better kawal pemakanan secara semulajadi, atau makan supplement yang memang sah keselamatannya macam Shaklee,Hebalife,Ephyra.

posted from Bloggeroid

Apr 8, 2014

Hadiah Shaklee Lagi Yeahhh!!!

Alhamdulillah...hadiah sampai juga...hehe..kali kedua dapat vitamin shaklee.Kali ni dari blogger Mama Lynn.Terima kasih...alhamdulillah selamat sampai juga


Taraaa....digoncang2 berbunyi vitamin2 tu hehe


Shaklee Alfalfa Complex 330tablets ...sesuai unuk diet kan...so start masa pantang nanti lah....alhamdulillah...jimat sudah disitu....Terima kasih semua ^_^

posted from Bloggeroid

Hadiah Pepero Sampai Dah

Alhamdulillah...hari tu ada menang giveaway by Fatin Diana di fanpage dia...semalam hadiah dah sampai dengan selamatnya...


Huhu teruja dapat hadiah kali ni...sebab pembalutnya huhu menarik, sweet, cute gitu....


Ni lah dia 2 box kecil *pepero choc cookies**.Hah memang x pernah try perisa ni sebelum ni asik makan yang choc almond je...alhamdulillah...dapat juga he.Terima kasih semua ^_^ moga murah rezeki semua...amin

posted from Bloggeroid

Apr 7, 2014

Mini Topup Giveaway by Aniss Anissa


Tamat 15 April 2014

AWESOME GIVEAWAY BY KIERA RASHID



Tamat : 10 April 2014

Jom join ramai-ramai
Wish me luck ye...teruja sesangat join GA ni mana taknya...
GA ni menawarkan hadiah2 awsome dari sponsor2 hebat gitu...
X percaya moh tengok antara hadiah-hadiah tu huhu




banyak lagi tau....apa lagi jom join ^_^



***********************************
REVIEW KHAS QUEENARA ACCESORIES
Anda peminat tegar aksesori. Dan sedang mencari aksesori yang sangat gojes tapi murah? Jangan risau, @Queenara Accesories adalah jawapannya. :D Dan yang paling best, ada free gift tu!! Mari cuci mata dan beli ^____^

Fast and Simple Giveaway!


Jom meriahkan GA ni...
Hadiah pun boleh tahan...huhu

Top Referal 

Kupon pembelian satin skinz bernilai RM50 dan review blog x 5 orang

Random.org

Kupon pembelian satin skinz bernilai RM30 x 10 0rang

Shawl mix 2 helai x 1 orang

Notebook x 1 orang

Topup RM10 x 1 orang

Bloglist selama 2 bulan x 5 orang

Handmade bookmark x 3 orang

26 orang pemenang dicari!!!

Mini GA I Love Monopod By Emas Putih



As-Salam


Hadiah :
1 x Monopod bernilai RM45
15 x Button Badge Limited Edition by Emas Putih
10 x Bookmark Limited Edition by Emas Putih


Mini GA ini Seminggu Sahaja !! Syarat simpler giler!!
Nak join sila tekan banner di atas :)


1st Giveaway By Fatimah Azzahrah

Tamat : 20 April 2014


Apr 6, 2014

Join Tartles Baking Class..Syok Nye !

Alhamdulillah diberi kesempatan, kenikmatan dan rezeki untuk menyertai baking class untuk kali kedua.Kali ni dapat offer murah jer..satu kelas RM10 je...sempena ulangtahun kedai bakery tu hehe.Tapi boleh joim2 je..sebab almaklumlah mama preggy ni x berapa larat...main ngan darwiish lagi....ok jom intai2 tartles class tu....


Ha itu cikgu nya ye....hehe..ingat perempuan rupanya boboy..MR.Kenny..sangat mesra, dan pandai berinteraksi dengan pelajar.Nampak x cermin kat atas tu..lucu dan seriau tengok, tapi sangat praktikal untuk pelajar tengok semua yang dilakukan oleh cikgu tau...


Sebelum ni memang buat tartles, saja join class tartles sebab nak kumpul ilmu secara live, sebelum ni belajar hanya online, x puas hehe.Kelas ni merangkumi cheese tart dan fruit tart.


Sangat berbaloi dengan bayaran dan masa selama 3 jam...banyak ilmu, skill, trick, rahsia yang dikongsi oleh MR.Kenny...contohnya jenama butter yg paling sesuai, glaze yg berkilat tapi jimat, doh lembut, wangi dan rangup...dan banyak lagi..


Yang ni last class, bergambar dengan sifu, dapatlah bawak balik tartless yg belajar tadi.In Sha Allah next week join class baking lagi...nak tau kelas ape....nantikan ye hehe

JANGAN MALU UNTUK BERTANYA, BERKONGSI IDEA, MENCUBA DAN MENAWARKAN DIRI UNTUK BUAT SENDIRI

posted from Bloggeroid

Apr 4, 2014

AFA Oven Baked Nuts Memang Terlajak Sedap & Rangup

AFA Oven Baked Nuts mungkin ramai yang kurang mengenalinya.Ia merupakan produk kacang panggang melalui AFAFOODS SDN BHD yang merupakan pengeluar makanan halal,muslim food, bertaraf antarabangsa yang bertapak di Kepala Batas,Pulau Pinang.Selain teh uncang, oven baked nuts merupakan keluaran terbaru yang telah menembusi pasaran antarabangsa.Sedap ke biasa-biasa aja.....jom sama-sama rasakan pengalaman menikmati kesedapan, kerangupan kacang yang penuh berperisa.


Kesemuanya ada 5 perisa hebat dan lazat iaitu perisa :
- Spicy
- Garlic
- Seaweed
- Cinnamon
- Cheese

Kesemuanya berasaskan kacang peanut yang segar dan bermutu.


OBN Garlic

-Yang ni fav aku lah ye..memang best
-Rasa yang rangup
-Bau yang garlic yang semerbak, rasa yang memang sedap.


OBN Cheese

-Sangat terasa cheese nya
-Sesuai untuk kanak-kanak
-Kerangupan kacang setanding kemeriahan taburan serbuk cheese...yummmy



OBN Seaweed

-Ha jangan terkejut, kombinasi rumpai laut dengan kacang peanut memang menjadi.
-Rasa lemak kacang bergabung dengan rasa segar rumpai laut.


OBN Spicy

-Memang terangat, mengancam habis.
-Siapa yang sukakan pedas, boleh cuba.
-Rasa pedas seimbang dengan kemanisan dan kelemakan kacang peanut.


OBN Cinnamon

-Sesiapa yang sukakan herba boleh cuba cinnamon.
-Rasanya tak terlalu kuat.
-Diperasakan dengan seimbang, terasa kayu manisnya, lemak dan manis.
-Budak pun suka tau perasa cinnamon.

Ha apa lagi...jom lah sama sama mencuba oven baked nuts keluaran afafoods.sdn.bhd.Ia dijamin halal, berkualiti dan setanding produk antarabangsa.

So, kalau berminay nak beli, nak jual, atau jadi agen oven baked nuts anda boleh hubungi :

email-afasmsb@gmail.com
facebook-Oven Baked Nuts

atau hubungi :
**KAK YUN 017-569 4708

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign