Sep 22, 2014

Precious Giveaway


Tamat 3/10/14

Giveaway Saya Nak! by Miss Fifi


instagram : @aiinbaharom
tweteer : @mamadarwiish

Giveaway Sexy Shades


Tamat :30/9/2014



Giveaway by NazaTupperware.JOM JOIN!!


Tamat 15/10/14

Tagging :
Yaya
Mialiana

GIVEAWAY: JUBAH DRESS CANTIK BY ARIESCAPE SHOPPE

http://ariescape.blogspot.com/2014/08/giveaway-jubah-dress-cantik-by.html

Tamat : 30 / 09 /2014

mengapa anda rasa layak menang dress dari Ariescape Shoppe.

Saya layak menang dress dari Ariescape Shoppe sebab...lepas habis berpantang ni sesuai sangatlah saya melaram dengan dress yang cantik dan vouge tu.Bolehlah melaram masa majlis aqiqah nanti hehe.

Giveaway Santai Bersama Azwar, Huda dan Mamaniza


Tamat : 30/9/2014

Apa pendapat anda atau berikan sedikit comment tentang blog Huda dan Azwar Syuhada?

Bagi pendapat saya...blog Huda dan Azwar ni kedua-dua blog ni sangat sweet, cool dan masin-masing ada cara dan gaya tersendiri dalam menyampaikan sesebuah entri.Gaya bahasa pun tak meleret-leret, pendek kata tak memeningkan, membosankan pembaca.
Best of luck untuk Huda & Azwar.

Apa yang korang dapat dengan ber - blogging ni? Dan apa faedahnya? *berikan jawapan yang ringkas sahaja.

* Dapat tambah kenalan + pengetahuan
* Dapat tambah pendapatan sampingan huhu
* Bantu online promosi online business ku....

Lengkapkan slogan ini (slogan tidak melebihi 30 patah perkataan) - Blog Mamaniza menjadi pilihan saya kerana....

Blog Mamaniza menjadi pilihan saya kerana ianya mesra pengunjung.Loadingnya tak terlalu perlahan.Warna latar blog dan gaya tulisan yang digunakan sesedap mata memandang.Penyampaian entri yang menarik dan tak membosankan.Sebuah log yang aktif dari segi penghasilan entri mahupun penyertaan sesebuat contest mahupun GA.



Sep 21, 2014

September Giveaway Party hosted by Iola Caviar


Tamat : 30/9/2014

1st GIVEAWAY RM400 ++ BY ASYA AMIN !



Giveaway 2014 Mialiana.com




Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana
Aynora
SewaKeretaSabah
ProvideNetwork
TengkuButang
IeyzartdSyahieyr
FuzaMusa
YatiAdam
ZafirahZarrae
Cekelatmanih
DayangDeno
EngkuMuzahadin
PetakBunga
AinimRashihah
KaryaMahirah
Azhafizah
Zaidalifah
FatihahFazlin
FatinFarhanah
NiaEmkay
SyiraLokman



2. Wajib Like Fanpage Sponsor

























3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI


40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.



Good luck!



klik pada banner untuk join....


Giveaway Saya Nak Vitamin Shaklee RM500


Kenapa saya nak Vitamin Shaklee ?

Saya nak Vitamin Shaklee kerana ianya merupakan supleements yang paling laris di pasaran yang terbukti keberkesanan dan kehebatannya.Dan yang paling penting ianya dijamin HALAL.
Vitamin Shaklee terbaeekk !!!

Rakan Tagging :

Sep 19, 2014

Blogwalking Dengan Mudah Dengan Aplikasi EDISIBLOG

Salam 1 Malaysia...Salam berpantang dari MD & Bella hehe.Hah hari ni dah blogwalking belum teman-teman sekalian....hari ni nak share satu altenatif bagi memudahkan kerja blogwalking ni.


Aplikasi edisiblog ni memudahkan kita para blogger untuk blogwalking, lebih pantas dan yang paling best kita pun boleh ping entri blog kita.Win win situation


Kita boleh search mana satu blogger yang nak kita terjah.Senarai blogger ni adalah blogger2 yang kita sedia follow.


Ha kita boleh pilih kategori mana yang kita nak baca....best kan..lebih senang, jimat masa.Boleh merayau2 dalam edisiblog ni.

Aplikasi ni boleh download melalui playstore, taip aje edisiblog.Selamat mencuba.Dah download nanti jangan lupe singgah blog mama darwiish.

posted from Bloggeroid

Sep 18, 2014

SOPHEA ISABELLA #30hari Mengenal Dunia

Assalamualaikum...haloooo...apa khabar semua...sedar tak sedar genap lah hari ni 30hari MD a.k.a Mama Darwiish berpantang.Alhamdulillah.Tak lama lagi cukuplah 44hari yeahhhh....


Teman selfie baru MD hehe

Pagi pagi dah pergi checkup, kena inject..utk umur 1 bulan.katanya untuk mengelakkan Hipetitis B....meraung la si Bella.Tapi sekejap je....dapat susu diam ler die ....sian anak mama....


Wajah ceria lepas nyusu...belajar senyum ye....


Darwiish a.k.a Abg Long....ewah....sayang sangat le tu..hari hari meti cium si Bella.Mula mula dulu je...cemburu lebih...sekarang bereubah sikap sudah... perangai jadi abangabang gitu.

Mama doakan agar kalian berdua menjadi hamba yg taat, anak soleh dan solehah dan dihindar dari pandangan mata jahat.Moga sentiasa dalam lindungan Allah...Amin

#2org sudah anak aku....OMK

posted from Bloggeroid

Sep 14, 2014

5 Wishlist Selepas Berpantang

Hu3... belum habis pantang dah menggedik mama buat wishlist ye hehe....xtually hari ni baru masuk hari ke 26 berpantang....lebih kurang 19 hari lagi genaplah 44 hari....huh lama juga tu.....sabar ye...cayok2...Semoga kesihatanku akan pulih sepenuhnya nanti...Amin...doakan ye kengkawan...nak tahu apa wishlist tu...ha jom teruskan membaca....


Spa

Huhu alangkah indah dapat manjakan diri dengan ,menikmati jakuzi,sauna,massage,terapi from head to toe gitu.Kena pula dengan manicure padicure....Almaklumlah lepas melahirkan badan kurang bermaya kan.Kena bagi refresh balik....


Saloon

Lepas badan ringan....manjakan pula kepala di saloon.Masa berpantang 24jam bertocang kan...dengan angin,pening segala bagai....pergi saloon kita suruh amoi tu service ye....kompem wangi, ringan, jelita kan haha


Makan segala bagai

Haha bila head to toe dah ok, dah ringan...kita hiburkan perut pula...dah 44 hari asyik layan sup haruan, ikan bakar je kan...dalam kepala ni tak teringin benda lain dah....pizza a.k.a western food wah wah.....tapi better jauhkan makanan sejuk2 ni...benda2 yg menjalar dalam tempoh 100hari.Tapi pizza tepung je kot...hehe


Shopping & Outing

Bila perut dah happy....kena lah happykan nafsu haha..boleh ke macam tu...pergi window shopping ke...atau outing kemana2 bersama suami dan putera puteri tercinta.44hari dik oiii terperuk atas katil....


Aktif berblogging

Haha...walaupun dah beranak 2.....akan ku teruskan aktiviti berblogging ni.....kemaruk sangat nak sertai segala contest, giveaway yg berlambak2 tu.....buat kengkawan yg komen dan kunjungan nya tak berbalas...maaf ue...tengah mood berpantang ni....terbatas sikitlah masa tu....in sha allah dah sihat nanti akan ku terjah kamu kembali....

Segala wishlist ini akan dengan jayanya terjadi dengan sokongan moral, money dan mood dari encik hubby hehe

posted from Bloggeroid

Sep 12, 2014

Segmen Ben Ashaari : Impianku Seorang Blogger !



Assalamualaikum...Bismillah....
Terkinja2 dalam pantang nak join segmen dari sifu ni hehe...Al kisah aku seorang suri rumah sepenuh masa.....mama kepada 2 si kenit lagi genit hehe....mulanya beblog sekadar suka2 mengisi masa terluang....tapi lama kelamaan jatuh hati..syok pulak dapat ramai kenalan, dapat hadiah2 best dengan join sehala contest, dapat pengalaman buat job review...alhamdulillah

Mama Darwiish jemput2 lah ke blog aku ya...berkongsi info2, resepi2, macam2 lah...masih dalam kategori blogger hingusan hheee.

Impian aku sebagai seorang blogger HARUSLAH !!! setiap entri blog dikunjungi ramai pembaca....of coz aku nak jadi femes dan terlajak laris macam sifu kita ni.Selain nak tambah pendapatan sampingan ...bolehlah buat shopping2 hehe....

posted from Bloggeroid

Sep 7, 2014

Dugaan Pakai Tiub Kencing Selepas Melahirkan

Salam blogging semua....uhhhh rindunya kat blog ni...dah nak bersawang dah ...almaklumlah tengah berpantang....kena berehat...banyak2.....tapi hari ni tetap nak share kan satu entry tentang pengalaman aku pakai tiub kencing selama 14 hari selepas bersalin.Nak tahu kenapa, mengapa......jom santai2 baca entry ni ye....



Kenapa pakai tiub kencing...sedangkan aku bersalin normal? itulah persoalan yang banyak diajukan hu3.....Alkisahnya..selepas bersalin Alhamdulillah kami anak beranak x de masalah...semua boleh discharge.....alik2 balik rumah...rasa pundi kencing ni dah penuh...sekali nak kencing x boleh keluar pulak...kena teran tapi still x boleh...huh azabnya lah..... Nak terkencing sangat tapi tak keluar, cepat² aku bagi tahu mak dan nurse berdekatan. Nurse pun terus refer pada hospital sebab ada kes kematian sebab macam ni, katanya sebab pesakit tak maklumkan dan ingatkan ia normal.

Last2 kena admit ward....still x boleh kencing...so pakailah tiub, dengan ngilu tiub di pasang, dengan rasa malu ku tahan je.......3 hari juga menapak kat ward tu....dok decide aku boleh balik...tapi kena pakai CBD tiub kencing ni selama 2 minggu....setiap 1 minggu kena tukar...1 minggu dibagi antibiotik utk elakkan jangkitan kuman. Pada masa ni juga baby pulak kena warded sebab Jaundis, hari² berulang ke NICU dengan tiub ni, seksanya Tuhan aje yang tahu dengan pandangan orang sekeliling lagi huh

Korang boleh imagine tak...dah la kita lepas melahirkan...dengan badan lesu, luka jahitan masih ngilu2...dengan ragam si baby, ditambah pulak dengan CBD tu kena usung kehulu kehilir....dugaan sesangat... Kalau tersangkut, tersentuh wayar tiub tu Ya Allah ngilu sesangat...

Dalam tempoh pemerhatian doc...doc arahkan aku minum banyak air supaya mudah kencing..cuba kencing walau dalam keadaan berdiri.... Nurse pun bagi tips....jirus air di peha dan sebagainya



Kata dok...antara punca x boleh kencing lepas bersalin :

  • Anak pertama lahir secara czer
  • Dipasangkan tiub masa sebelum bersalin...aku dah guna tiub utk kencing
  • Pundi kenci kurang berfungsi sebab dulu baby tekan masa kita mengandung.
  • Trauma atau takut nak kencing sebab takut pedih akibat jahitan.


Kata nenek aku a.ka bidan :

  • Batu meroyan masih mengembang, pundi kencing tersepit....kena bertungku bagi kecut. Bila kecut pundi kencing tu takkan tersepi, dan mudah kencing


Alhamdulillah 5hb August 2014...aku betul2 merdeka hehe..bebas dari cengkaman CBD Alhamdulillah...bebas berpantang, bergerak secara normal...selesa sangat.Bila dok cabut CBD aku disuruh kencing...Alhamdulillah semua kembali normal, bila scan pun...pundi kencing pun ok....

So...kepada bakal2 ibu bersedialah dengan fizikal dan mental yg kuat bg menghadapi sebarang kemungkinan....masalah macam aku ni normal dok kata....semoga dipermudahkan semuanya...Amin
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign