Nov 30, 2014

Bestnye Maternity & Children Expo Di Mid Valley

Huhu..sebelum ni tak berpeluang pergi ke expo maternity ni.., sekarang kali yang ke8 baru ada rezeki dan peluang, merasai pengalaman bershopping kat situ.Expo kali ke8 ni berlangsung di Mid Valley bermula 21hb - 23hb Nov 2014 yang lepas.Kami pergi 23hb..xtually x planning pun hehe.


Kami sampai awal juga dalam pukul 11 pagi,,, so en.hubby ajak isi perut dulu...jap lagi nak shopping...larat ke hehe...dah siap makan..terus masuk hall expo, sebelah je dengan food junction...wah best nye, ramai nya orang, baby pun ramai hehe.Banyak booth yang best, cam johnson, avent, pureen, huggies, friso semua ada....harga sangat murah berbanding harga pasaran biasa, nama pun expo kan.Dekat booth johnson baby boleh beli brang serendah RM1 je uyoooo....rambang mata.Lebih 300 brand dan lebih 30 booth yang disediakan....wow wow wow


Banyak tak free gift ..macam2 ada... nak dapatkan goodies kena beratur untuk register for free... dapatlah beraneka free gift tu...pampers, susu, mug, nestum, ubat gigi, mandian, pad, bantal baby dan banyak lagi.


Antara brangan yang kami beli masa expo tu, x shopping sakan... just beli mana yang perlu.... beli pampers darwiish & baby bella dapat free kolam mainan.Harga pun murah.


Yang ni pula beli mandian yogurt pureen RM7 je untuk 750 ml.Tisu basah yang kecil tu 6 paket RM12 je..murah kan.Toys tu RM15 , kereta muzik RM10, kipas stroller RM15....


Sweater Darwiish RM16 je.Untuk Baby Bella 2 helai rompers, 1 pasang stokin RM15 je..tersangatlah cute dan murah.


Haha tengah que untuk register resit belian untuk dapatkan kad lucky draw... belian RM150 daoat 1 kad.,,, tapi tak tunggu pun ..lama sangat.Tak ada rezeki la tu.


Haha sempat lagi dorang possing .. tak tahu time bila ni...tapi memang banyak booth untuk bergambar..., salah satunya untuk majalah pa&ma.

Patutlah ramai yang datang..sebab barangan dan harga yang ditawarkan memang murah, banyak free gift dan acara.Seronok shopping....

posted from Bloggeroid

Nov 25, 2014

PAVLOVA Topping Strawberry ... Super Yummy

Pavlova topping whipped cream & strawberry huhu dessert kali ini.Last buat untuk hadiah hantaran adik bertunang dulu.Pavlova its my fav dessert.. so sweet and yummy.


Taraaaa...cantik x? cadangnya nak mix kiwi dan strawberry... tapi ni je yang ade dlm freezer kan.gunalah apa yg ada... pasal nafsu makan ni x boleh tunggu hehe.


Ha ni bahagian dalam dia...ada 3 layer, from the bottom... pavlova mashmallow, whipped cream and strawberry.


Pavlova ni kena mix dengan buahan yg masam ye pasal, pavlova tu manis...so kena balance masam dan manis.Kalau nak mencuba resepi pavlova boleh la klik sini :

http://mamadarwiish.blogspot.com/2013/10/resepi-pavlova-versi-malas-tapi-yummy.html

posted from Bloggeroid

MAXIS BROADBAND Kuota RM2 Dah Tak Ada ?

Maxis broadband dulunya ada menyediakan kuota internet serendah RM2 tak silap untuk 200mb kot.Tapi tadi duk cek...ayooo dah x ade ok....paling murah RM3.
Apa nak buat...**GST oh GST**
Lepas ni ada rezeki lebih kita masik wifi ye....haha baru memcanak keje blogging kite ek.

Gaji a.k.a Hadiah Blogging Dari ZALORA

Assalamualaikum & hai.... 
Alhamdulillah sebelum ni ada post entri pasal terima tawaran collaborate dengan ZALORA... dan Alhamdulillah dah dapat imbuhannya huhu... Yang bestnya semua boleh pililh sendiri... token bebrbentuk shopping voucher ... best juga... kalau bagi cash ehemmm ehemmm sendiri mau ingat lah hehe.


Aku grab 3 item huhu... rambang mata lol... apa-apa pun aku fokus untuk hanya menggunakan hadiah voucher tu aje, x mau kuar duit.So aku pun pilihlah 3 barang yang super awesome tu hehe.Tema black n white gitu.


Crochet Slip Ons.
Cantik x? Yang ni ada warna cream,grey.Banyak lagi pilihan, tapi tetap tergoda dengan yang ini.Dah ada Baby Bella ni, x larat kaki nak pakai heel atau wedges .


Textured Flap Clutch.
Huhu... dah lama tak ganti clutch... Alhamdulillah dapat juga.Tersangatlah puas hati.


Lela Medina Stripe Shirt.
First time nak try pakai straight stripe ni.Ilusi utk kurus jap eh.Jangan jeles hehe.
Nantikan aku bergaya sakan ngan ZALORA ye.


Hope lepas ni ZALORA tak serik untuk bekerjasama dengan aku.Harap2 lepas ni banyak lagi rezeki yang datang.Maklumlah aku kan fulltime housewife, dapat juga bantu suami.

Sapa kate blogging buang masa, buang duit?
Moral of the strory.. niat kene betul, fokus dan kena pandai ambil peluang.
keep calm and happy blogging.

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com






Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )

  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )





EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :

  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :

  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.


Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? Mama Darwiish

Umur pengguna? 28 tahun

Jantina pengguna? Perempuan

Jenis kulit? Berminyak



Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.

Saya menghadapi masalah kulit berminyak dan berjerawat.Saya perlu untuk dapatkan Ephyra Skin Bar kerana ingin merasai kehebatan dan kesannya yang menakjubkan sebab sebelum ini saya menggunakan minuman kologen Ephyra dan terbukti berkesan.Selain ingin memiliki kulit wajah yang cerah, bersih, gebu seperti duta Ephyra Memey Suhaiza.

Pengguna Ephyra? Ya


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Nov 21, 2014

Mega Giveaway by Sya Domoru

Tamat : 31 Dec 2014

Hadiah MANIS GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH

Assalamualaikum n hai.
Jemput ramai-ramai memeriahkan giveaway pada kali ini yang menyediakan banyak hadiah awesome.I wish u all the best !!!


Simplysity CCDD Cream
Maybelline Eyeshadow
Crabtree n Evelyn Makeup Bag
Yves Rocher Mniature Perfume
Collister (remove cellulite)
Ellianto Sample

Penaja : Noor Atiqah


Avon True Color- Over Nature Makeup Pallete (eyeshadows & Blusher)
Avon Ultra Color Rich - Over Nature Lipstick
Avon Sweet Honesty Moments - EDT 50ml

Penaja :  Kelly Chin


Frozen Kids Wear

Penaja : Kedai Bonda


1 kg kerepek x 2 pemenang
2 kg kerepek x 1 pemenang

Pelbagai perisa, boleh pilih ubi blackpeper, ubi kari, ubi cheese, ubi pedas basah atau ubi pedas kering.



Jam Dinding
IKEA Rusch Design K Hagberg  

Penaja : Mama Darwiish


RM10 Topup x 3 Pemenang






Nov 20, 2014

Wow Koleksi Aksesori DANDELION Wanita

Assalamualaikum and hai ladies...
Im sure korang semua minat dengan aksesori kan.Korang nak tahu? sekarang ni trending dengan koleksi aksesori DANDELION wanita yang tengah hot dan ada sale di ZALORA.Mungkin ramai yang tak familiar dengan DANDELION kan? Sebenarnya DANDELION ni merupakan antara jenama terkenal yang mengeluarkan aksesori dengan rekaan yang trending, fresh dengan harga yang fleksibel tau.Celoteh banyak pun tak guna... jom jempot tengok-tengok antara koleksi aksesori DANDELION wanita ... mana tau ada yang berkenan.


Koleksi aksesori DANDELION wanita terdiri daripada berbagai kategori... macam-macam ada tau, dari subang, kacamata, tali pinggang, skarf dan segala bagailah.



Yang ni antara koleksi skarf dari DANDELION. Ohhh memang akan ku grab satu ni.Tergoda dengan corak dan warna dan metarialnya yang awesome tu.Harga pulak terlajak awesome !!! hehe



Yang ni pula koleksi anting-anting atau subang DANDELION.Wah cantiknya sweet sangat kan.Design yang sangat trendy, fresh sesuai untuk semua  wanita kan.


Koleksi rantai DANDELION pun cantik,
Harga memang terbaekk... Design memang uptodate kan... 


yang ni pula koleksi mahkota DANDELION



Kacamata dari koleksi aksesori DANDELION wanita.tersangatlah awesome.Pattern, warna, sangat trending, fresh dan stylo mayo hehe.

Koleksi belt DANDELION... macam-macam design dan warna yang ada.Emmm cam nak beli juga yang ni...boleh mix and match dengan blouse atau dress kan.Em Em

So kalau korang berminat untuk melihat koleksi aksesori DANDELION wanita dan membelinya secara online dengan potongan harga yang hebat bolehlah berkunjung ke ZALORA yang semestinya onlines shopping no.1 dunia.


Bila Aku Ketagih KIMCHI

Haha bahayanya kimchi bakal membuatkan korang ketagih macam aku.Mula makan memang cam semacam je rasanya, tapi lama-lama tak boleh tak ada kimchi.Apa benda kimchi tu? Kimchi ni merupakan makanan tradisi Korea berkurun-kurun lamanya sehingga kini.Bahan utamanya adala nappa cabbage yang diasin dan diperam melalui proses penapaian bersama bahan lain seperti radish,serbuk cili dan banyak lagi.


Ini kimchi brand bibigo original dari Korea dan kompem Halal.Sebotol ni aku makan 3 hari je... adoiii kopak macam ni.. emmm kompem pasni akan buat homemade kimchi.


Kimchi memang syok dimakan bersama nasi, mee, maggi dan segala bagai lah.Kalau kita masyarakat Malaysia, kimchi ni lebih kurang macam lada jeruk, jeruk bawang putih gitu.kruuuup kraaaaap bunyi dia...puhhh masam, manis, pedas, masin semua cukup.


Jangan bimbang kalau makan kimchi banyak-banyak , ia sangat bagus untuk kesihatan,banya serat dan vitamin dan baik untuk penghadaman.Ada bakteria bagus untuk memelihara usus kita.Dan yang penting tak menghakis sebab ia tak menggunakan cuka.In Sha Allah

Jom berkimchi
posted from Bloggeroid

Nov 19, 2014

Terima Jemputan Untuk Collaborate Dari LAZADA

Wow Wow wow biar betik? Alhamdulillah... rezeki datang lagi... rezeki untuk suri rumah sepenuh masa cam aku ni.... hehe.Alhamdulillah sangat dah lama tak dapat jemputan, tawaran yang super awesome macam ni.



Terima kasih LAZADA kerana sudi menawarkan peluang yang best ni.Mungkin bagi si otai2 ini semua poyo haha.. ada aku kesah.... yang paling penting rezeki itu milik Allah. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

In Sha Allah akan ku usahakan dan buat yang terbaik.Nantikan ye hasilnya nanti.Sokongan korang amat dihargai.Jom blogging.... nyahkan komen2 negatif.... fighting!!!

posted from Bloggeroid

Rezeki Join Giveaway

Alhamdulillah.....rezeki hasil menyertai contest dan giveaway datang lagi hehe.Dah lama bercuti...maklumlah mood berpantang kan....Syukur masih lagi ada rezeki..xtually kali ni dapat 2 hadiah dari 2 giveaway yang berlainan.Terima kasih semua....




Yang ni menang saguhati je... dari Blog Diari Jejaka Hangat.




Yang ni pulak dari blog Emas Putih.Semuanya dah hantar details... so tunggu je lah hadiah tu mai huhu.Sape2 yang join tu boleh semak link korang, mana tahu menang.. cepat sementara belum tamat tempoh penebusan hadiah.

Keep Calm & Enjoy Blogging

posted from Bloggeroid

Nov 12, 2014

RESEPI SSAMBAP (KOREAN WRAP RICE)


Resepi Ssambap 




Ssambap merupakan nasi yang dibalut dengan daun.Makan tradisi dan popular di Korea.Sangat sedap dan menyihatkan serta mudah disediakan.

Bahan-bahan:

1 cawan nasi (aku guna nasi goreng)
daun salad secukupnya dalam 8 keping
1 cawan daging goreng
1/2 cawan salmon (optional)
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 keping dried seaweed di potong kecil
kimchi secukupnya
sos guachujang



Cara makan:

1. Ambil sehelai daun salad, sudukan 1 sudu nasi.
2. Letakkan kepingan daging, salmon, seaweed, garlic, kimchi dan sos guachujang seckupnya.
3. Bungkuskan ia, dan makan dengan 1 suapan.

Selamat Mencuba....memang daebak!!!



posted from Bloggeroid

Nov 11, 2014

SSAMBAP Menu Lunch Ala Korea

Ssambap antara makanan tradisi lama Korea.Dalam bahasa Melayunya ssambap adalah nasi balut / wrap rice.Sebab nasi dan segala ramuan akan dibalut dengan daun dan dimakan.Yummmy....dan menyihatkan.


Inilah ssambap menu lunch hari ini.Sekali sekala bertukar selerakan.Sebenarnya terpengaruh dengan runningman hehe...terliur tengok dorang makan...so try buat dan makan.Ssambap ni terdiri dari nasi,hirisan bawang putih, dry seaweed, salmon, grilled beef, kimchi dan sos gochujang beserta aneka daun dan salad.


Kalau di Korea dorang guna daun perilla, pucuk labu dan kale, disebabkan tak ada daun tu, aku just guna lettuce dan salad.Pun boleh,sedap dan sihat.Ambik sehelai daun dan sudukan 1 sudu nasi le atasnya.Tak kisahlah nasi apa, kalau nak feel lagi guna beras pendek/jepun tu.


Kemudian letakkan daging, salmon, bawang putih, kimchi dan sos gochujang.Sos ni adalah chilli paste versi Korea.Dah siap balut kan dan ngap by one shot je ye...puhhhhh sodap.....dengan pedas,masam dan rangup kimchi memang syiooook.Daebak kata orang Korea. Nantikan resepi ssambap pada entri di lain kali ok.

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign