Jan 21, 2015

Layan Aiskrim Magnum di MAGNUM CAFE


Magnum Cafe yang pertama di Malaysia adalah di Mid Valley, sekarang dah ada outlet baru di KLCC.Wah sebut pasal Magnum dah terbayang kemewahan aiskrimnya uhhhh yummmy.Hari tu ada rezeki menang contest dari Magnum,so pergilah saya satu family pergi tebus aikrim hehe.Tapi, macam biasa memang kena beratur panjang, uhhh terpaksa jugalah beratur kan, kata nak makan aiskrim Magnum.

Sebenarnya Cafe Magnum, Mid Valley ni ada 2 tingkat, kalau nak lebih elegan, selesa, sofa empuk, nak dining boleh pergi ke tingkat atas.Selain dari aiskrim, banyak lagi pilihan menu yang disediakan macam pastra, fries dan banyak lagi.


Harganya ok la serendah RM9.
Konsep dia, kita boleh buat pilihan untuk aikrim kita.Kalau nak yang lain pun boleh, macam-macam ada.Tak sempat nak snap menu dia hehe, keterujaan sedang melampau masa tu kehkeh.


Kita boleh pilih nak aiskrim coklat atau vanilla, lepastu kita pilih nak dip dengan white choc atau choc.Kemudian pilih nak drizzle aiskrim camne, banyak pilihan ada cgoc rice, dried friut, chilli flakes dan banyak lagi.
Jangan bimbang staff Magnum semuanya baik dan peramah, speaking Philipino English lagi, cute je bunyi dah macam kat Philiphine dah hehe.


Ha inilah hadiah saya.
Aiskrim choc yang dicelup white choc, ditabur dengan dried fruit, pistachio nuts.
Sedapppp

 

Yang ni aiskrim vanilla, dip dengan choc,ada choc,dried fruit juga,white choc.Pun sedap heheh


yang ni, pilihan adik saya, full of choc hehe.
Chocoholic katenye.


Jangan bimbang, Magnum sediakan air kosong free ye kalau kita dine in.Lain kali ada rezeki nak pergi lagi, nak makan aiskrim yang lagi awesome heheh.Nak try makanannya pula ye.
So kalau korang berminat nak mencuba bolehlah kesana,pasti syiok wo.


Magnum Cafe Kuala Lumpur 
T-023, 3rd Floor 
Mid Valley Megamall 
Business hours: Sunday to Thursday (10am to 10pm), 
Friday & Saturday (10am to 12am, last call at 11.30pm)


6 comments:

  1. tak pergi lagi.. =( btw nak drizzle tu boleh letak banyak mana kite nak ke macam mana ye?ke ada limit option..

    ReplyDelete
  2. terbaikkk . memang terliur tengok aiskrim tu . huhuu

    ReplyDelete
  3. Haritu kita pergi magnum IOI mall.. :)

    ReplyDelete
  4. memang sedap magnum ni.. kalau ke KL lg memang akan terjah :)

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign