Tips Memilih TEETHER Untuk Bayi

by - January 31, 2015



Teether adalah mainan yang dapat membantu mengurangkan kesakitan dalam proses pertumbuhan gigi bayi.Selalunya bila bayi kita dah mula pandai hisap jari, air liur meleleh tu tanda-tanda tumbesarannya dan gusi pun dah mula gatal dan sakit.Jadi teether ni boleh digunakan untuk bayi belajar memegang dan menggigit.So tak adalah bayi kita asyik menghisap jari.

Tips membeli teether :

- Pilih teether yang kecil dan ringan supaya ia senang dipegang si manja.Kesesuaian mengikut umur bayi.Kebiasaannya di kotak produk ada nyatakan kesuaiannya mengikut umur.

- Pastikan ia selamat digunakan dan bebas BPA.Jangan beli sebarangan kerana bahan kimia yang bahaya akan membayakan si kecil.

- Pilih teether yang mengandungi cecair berbanding gel kerana ianya lebih lembut.



Cara Penjagaan Teether :

- Jangan rebus teether
- Rendamkan di dalam air panas atau cecair steril
- Lap kering dan simpan di dalam bekas, supaya tak terdedah kepada habuk dan kuman.


Sophea Isabella with her teether.Look like yummy kan hehe

posted from Bloggeroid

You May Also Like

1 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish