TIPS SENDAWAKAN BABY

by - January 26, 2015



Tahukah kita pentingnya untuk sendawakan baby selepas mereka menyusu.Terutamaya baby yang berusia kurang dari 3 bulan.Semasa mereka menyusu, ada sedikit udara yang akan masuk, dan jika ia tak dikeluarkan boleh mengakibatkan kembung perut dan membahayakan nyawa.

Cara sendawakan baby:

* Dukung baby posisi tegap menghadap ke belakang dengan dagu baby di atas bahu kita. Usap perlahan bahagian belakang  sehingga dia sendawa

*Meniarapkan baby pada salah satu paha kita. Kemudian usap-usap belakangnya dengan perlahan-lahan. Pastikan kepala baby lebih tinggi dari badannya

*Biarkan baby kita duduk dalam pangkuan dengan selesa.  Condongkan ke depan, gosok dan tepuk-tepuk punggungnya dengan jari-jemari kita sehingga udara dalam badannya keluar.

*Dukung baby sambil berjalan-jalan di dalam rumah, gunakan sebelah tangan kita untuk menggosok bahagian belakangnya perlahan-lahan.

posted from Bloggeroid

You May Also Like

0 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish