Feb 16, 2015

5 Perkara Unik Tentang Jepun

5 perkara unik tentang Jepun. Uniknya Jepun walaupun belum berkesempatan ke Jepun, negara matahari terbit tu, tapi Jepun memang menarik dan cantik untuk dilawati.Terkenal dengan kemajuan teknologi, peradaban tradisi lama yang seiring dengan pembangunan serta tahap disiplin yang tinggi dikalangan warganya menjadikannya menarik, unik dan dibanggakan.

Uniknya Jepun adalah hasil gabungan daripada tradisi dan kemodenan.Selain kepadatan penduduk kesepuluh terbesar di dunia iaitu 126 juta orang.Jepun merupakan negara kepulauan yang terdiri dari 6852 pulau-pulau.Selain terkenal dengan negara yang paling berdisiplin, bersih dan maju.

5 Perkara Unik Tentang Japan


Geisha

Kalau sebut pasal Jepun mesti kita akan terbayangkan gadis yang wajahnya putih melepak, rambut petak tapi comel hehe.Memang unik kan? Geisha merupakan penghibur profesional yang tetap mengekalkan ciri-ciri tradisional dan budaya Jepun.Memakai kimono, berhias  rapi.Selalunya Geisha akan menghiburkan para pengunjung dengan nyayian, lakonan, tarian tradisional serta upacara majlis jamuan teh yang sememangnya menjadi tumpuan para pelancong.Geisha boleh ditemui di seluruh negara Jepun terutamanya di Kyoto dan yang paling best Geisha ni setaraf selebriti dan fotogenik.




Sakura

Kalau Belanda terkenal dengan Tulip, uniknya Jepun adalah dengan sakura atau cherry blossom.Setiap tahun semua menantikan kehadiran musim ini.Sakura amat simbolik dengan Jepun, kecantikannya yang ekstrem, unik, cepat mati.Bagi masyarakat Jepun percaya bahawa roh-roh pahlawan telah menjelma semula dalam bentuk bunga,Unik nya sakura kerana hanya tumbuh 2 minggu untuk tempoh 1 tahun.Wahhhhh cantik dan unikkan....


Tandas Hi-Tech

Berbeza dengan kita, tandas di Jepun, walaupun ianya tandas awam, semuanya bersih dan berteknologi tinggi.Tahap kebersihan tandas awam sama dengan taraf hotel 5 bintang... wow nampak tak betapa berdisiplin warga Jepun.Kalau nak tahu tandas-tandas di Jepun memang tiada paip, semuanya automatik, macam-macam lagi fungsi yang ada pada tandas hi-tech ni seperti selaraskan kelajuan air, nyah bau, nyah kuman, tambah muzik dan segala bagai.


4 Musim

Selain Korea, uniknya Jepun kerana merupakan negara Asia yang mempunyai 4 musim yang istimewa dan unik iaitu musim bunga, musim luruh, musim panas dan musim salji.Tiga bulan untuk setiap musim.Musim bunga pada bulan March-Mei, musim panas pada bulan Jun-Ogos, musim luruh pada September-November dan musim salji pada disember-Februari.Jadi kalau berhasrat nak main salji boleh la pergi ke Jepun sekarang, dah hujung-hujung ni hehe...


Budaya Pop

Uniknya Jepun kerana merupaka pengeksport  terbesar dunia dalam budaya pop.Tak kira dari kanak-kanak hinggalah golongan dewasa.Fesyen, anime, manga, emoji, permainan video semuanya telah dipelopori oleh Jepun sehinggakan terdapat muzim anime seperti Muzium Ghibli.Doraemon, Ultraman, Hello Kitty yang mampu menyaingi anime, kartun barat.

Uniknya Jepun banyak lagi perkara yang menarik dan unik di Jepun.Melalui pembacaan, rujukan dapatlah melihat sendiri dan mengetahui info tentang jepun khususnya, mudahan diberikan kesempatan juga ke negara matahari terbit tu, untuk merasai dan menikmati sendiri keunikkannya.


Penaja Utama :  Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati


Hadiah Utama:  1 Package ke Jepun bersama JBT

Hadiah BulananTempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

Terima kasih kepada Sohoque.com dan Travelog.my yg mengwar2kan mengenai contest ini :)

1 comment:

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign