Feb 16, 2015

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

Petua dan herba kongsibersamanora merupakan salah satu contest yang sangat bermanfaat kerana disamping kita bercontest, kita juga dapat menimba ilmu serta dapat berkongsi ilmu.Petua dan herba kongsibersamanora membolehkan kita lebih mengenali kepelbagaian herba yang terdapat di Malaysia khususnya tidak kira jenis daun, sayuran mahupun buahan serta khasiatnya.

Petua dan herba kongsibersamanora sangat sinonim dengan datuk nenek moyang kita dahulu yang mana pada masa dulu mereka berjuang untuk hidup tanpa adanya pemodenan terutamanya dalam aspek perubatan.Pada masa itu hanya dengan herba, mereka memanfaat segala khasiat secara semulajadi.

Daun Kesum

Atau dalam nama saintifiknya polugonum minus, menjadi pilihanku untuk petua herba kongsibersamanora kali ini.Daun kesum berasal dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand dan Vietnam.Antara nama lain bagi daun kesum adalah chinesee knotweed, vietnamese mint.Kebiasaanya ia hidup di kawasan berair, lembab, liar seprti di tepi parit, kolam dan rumah.sejenis tumbuhan yang renek dan lampi.Ianya sukar ditanam tapi bila ia hidup tidak perlu penjagaan yang terlalu rapi cukup hanya kelembapan yang mencukupi.


Daun kesum mempunyai aroma yang unik serta menyegarkan yang mampu menaikkan selera.Malahan ianya mampu menyedap serta menabah rasa dalam sesebuah masakan.Kalau di negara kita biasanya kita masukkan dalam kuah laksa, nasi kerabu, nasi ulam dan ulaman.

Petua Daun Kesum

Menghilangkan kelemumur

Masalah kulit kepala terutamanya masalah kelemumur mampu di atasi dan dirawat dengan menggunakan daun kesum.Ambil segenggam daun kesum, kisar lumat bersama sedikit air.Sapukan pada kulit kepala dan biarkan seketika.Bilas hingga bersih.In sha Allah kulit kepala akan terasa dingin dan segar serta makalah kelemumur akan berkurangan.Amalkan 1 kali seminggu.

Membantu masalah pencernaan
Sekiranya mengalami sakit perut akibat masalah penghadaman boleh rebuskan daun kesum dengan segelas air dan minum air tersebut 2 minngu sekali.Ianya mampu membantu masalah pencernaan serta menghilangkan loya dan mual kerana baunya yang menyegarkan dan unik.


Daun kesum mengandungi beta karotena, Vitamin A , Vitamin C, serat, Kalium, Kalsium dan Fosforus.Baunya yang yang unik dan aromatik mampu menghasilkan minyak pati yang mempunyai bahan kimia aliphatic, aldehyadye 60% dan decanal, dodecanal yang tinggi.Ianya sangat berpotensi dalam industri pemakanan, perubatan dan wangian.

Petua dan herba kongsibersamanora membantu kita berkongsi kelebihan,khasiat serta petua herba yang ada disekeliling kita.Jika sebelum ini kita hanya tahu khasiatnya serba sedikit, sekarang kita sudah mengetahui sedikit sebanyak petua yang bermanfaat.In Sha Allah.


3 entri kegemaran saya dari blog KongsiBersamaNora adalah :

Sebab aku salah seorang peminat tegar mangga dan asam.Sangat terliur dan ingin mencuba resepi tu, nampak mengiurkan hehe.

Peminat susu, dan ada 2 orang anak yang sememangnya minum susu.Dengan membaca entri ni, dapat lebih info yang bagus.

Entri yang sangat bermanfaat dan boleh dijadikan amalan...In Sha Allah.




 "Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER"

* Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora yang dianjurkan olehKongsiBersamaNora bersama penaja 

13 comments:

  1. Good luck mama.. menarik contest macam nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq izzeyda...hahh unik kan... mai join skali

      Delete
  2. All the best ya. Wan dari kontes yang sama juga.

    http://mohd-ridzwan.com/2015/02/09/contest-petua-dan-herba-kongsibersamanora/

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq wan.... you too : nanti saye terjah entri wan k

      Delete
  3. gud luck!

    sedang berusaha cari herba yang sesuai ..hihiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MrsPuex cari2 hehe... habis dh kebun mak ni kena eksperimen hehe

      Delete
  4. menarik dan hebatkan daun kesom.
    bukan saja hebat dalam masakan malahan
    bagus utk kesihatan..

    Semoga berjaya and gd luck sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, nampak kecik tapi besar manfaatnya :)
      terima kasih

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam buat Mama Darwiish.... Daun kesum memang banyak kegunaanya, khasiatnya amat banyak sekali. Tidak perlu susah-susah cari di hutan untuk mendapatkannya. Di pasar pun boleh beli. Semoga berjaya......

    Jom baca entri berkaitan:
    Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

    ReplyDelete
  7. Salam...artikel amat meanrik denga mengambil daun kesum sebagai herba. Ia sangat banyak khasiatnya.Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  8. Daun kesum...wow! sungguh suka dengan baunya! Kalau masak kuah laksa atau asam pedas, tidak lengkap tanpa daun kesum!

    ReplyDelete
  9. All the best. Daun kesum sedap dan bermanfaat. Terbaik

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign