Feb 5, 2015

CORONA DEL MAR Lokasi Makanan Medittranean

Assalamualaikum and hai.
Sabtu lepas Alhamdulillah telah terima tawaran untuk menyertai food testing and review event menu terbaru bersama 20 blogger awesome.Terima kasih Rayyan & Corona Del Mar di atas kepercayaan dan peluang yang diberikan.


Inilah pemandangan hadapan Corona Del Mar bertemakan fine dining ... sangat kerlassss kau hehe.


Tengok lantai dia... cantik, unik tu... hiasan dalaman pun sangat mewah... dan sesuai untuk mereka yang sukakan suasana mewah seakan berada di Spain huhu.Malas nak sembang.. jom tengok menu baru yang bakal ku testing kan hehe


A Night In Spain itulah temanya.So menu nya pun berbelit lidah nak nyebutnya, tapi tekak ni tak sabar nak merasa menu yang disediakan.


Tapas
Yang terdiri dari 5 elemen enak.Iaitu Olives marinadas iaitu buah zaitun hitam dan hijau yang diperap dengan herba Meddittranean an minyak zaitun.Champinones iaitu cendawan yang disautee dengan bawang putih, herba dan krim.Bruschetta basil dan tomato bersama fresh bread.Salad sayuran segar dan fish fillet.


Bruschetta basil & tomato 
ni memang sedap...nampak simple tapi rasa mewah, sedap...argggghhh nak lagi...


Seafood Bisque Soup
Disertakan dengan sekeping fresh bread.Sedap sebab ianya dimasak menggunakan safron, tomato, white fish, udang Tapi tak berapa sesuai untuk anak kecil, sebab ada pedas sikit.


Charred Grilled Moroccan Chicken
Yang ni adalahchefs recommendation so kalau datang sini mesti cuba yang ni.Serius sedap dia punya sos tu.Dada ayam yang digrill sempurna, diperap dengan Morrocan Spice memang best , disertakan dengan grilled vege an roasted potatoes.Sangat mengenyangkan.


Paella De Marisco
Yang ni memang mewah dengan rasa yang unik dan segala seafood yang segar dan besarrrr hehe, ada sotong, udang, clams, mussels dan fresh vee.Tapi yang ni x berapa suka hehe, sebab macam kuat rasa kunyit ke rempah ke tak tahu lah.... maklumlah tekak ikan patin hehe


Spaghetti Valencia
Menu untuk vegetarian, ni untuk Darwiish.Wah sedap ek walaupun vege, cukup rasa, tak memuakkan, pasta pun dimasak sempurna...wah dah macam pengkritik Masterchef aku haha.Ada brokoli, bunga kobis, carrot, cendawan... lagi apa ntah hehe.

Oh ye kalau nak tahu blogger awesome mana yang join event ni, nantikan entri khas nanti ye.....walaaaaaaaah

Corona Del Mar memang sesuai untuk sesiapa yang tercari-cari makanan ala-ala Spanyol, Medittranean dengan suasana yg cool, harga yang berpatutan, servis yang best boleh lah kesini....dengan menu baru yang sememangnya memuaskan Thums up !!!


6-1,
Jalan PJU 5/20D,
The Strand, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign