Feb 26, 2015

Resepi Puree Baby

Resepi Puree Untuk Baby harus dicuba untuk si kecil.Sebab ianya ternyata lebih berkhasiat, selamat dan bersih selain menjimatkan.Daripada kita beli makanan baby dalam tin atau botol yang kurang berkhasiat lebih baik kita sediakan sendiri kan.Tapi lain orang lain cara terutama mama yang berkerjaya.

Selalunya puree boleh dibuat dari buahan dan sayuran.Kalau untuk baby berusia 6bulan seeloknya dikisar atau ditapi, dan cair sedikit sebab baby dan ususnya baru belajar mengenal makanan.


Untuk sayuran boleh cuba brokoli, carrot, ubi kentang, ubi keledek atau labu.Potong kecil dan cuci bersih.Kemudian kukus atau rebus sehingga lembut.Lebih baik kukus untuk kekalkan nutrisinya.Kemudian kisar, lenyek sampai halus.

Kalau buahan
epal, pear, pun sama, kena kukus.Kalau pisang, avacodo tak payah kukus, just kisar atau lenyek halus.


Boleh disejuk bekukan puree tadi.Pastikan ianya bertutup supaya tidak tercemar.Puree yang disejuk beku boleh bertahan sampai 2 bulan.


Kalau tiada bekas bertutup, tak apa, bila puree dah keras, beku, boleh pindahkan dalam bekas yang lain.Nanti bila nak guna, panaskan aje... Haha ingat ye
jangan tambah sebarang perasa makanan, garam, gula untuk baby tau.Usus diaorang tak sedia nak menghadam benda-benda tu....

Ok selamat berpureeee ♥

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. Best kan bila dapat masakkan sendiri makanan untuk baby yang kita kandung 9 bulan =)

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign