Mar 31, 2015

Caramelo Almond Crunchies

Caramelo Almond Crunchies memang sedang hangat di pasaran sekarang. Viral di laman-laman sosial. Kenape ek? Sebab Caramelo Almond Crunchies atau biskut almond ni adalah merupakan kudapan yang menyihatkan.Makanan yang menyihatkan In Sha Allah.Sesuai dengan tagline tastiness that makes you forget the healthiness.Kelazatannya membuatkan korang lupa akan khasiatnya huhu.Kalau korang nak tahu Caramelo Almond Crunchies ni pernah muncul dalam akhbar Kosmo kerana kejayaannya menembusi pasaran antarabangsa seperti Arab Saudi.

Packaging Caramelo Almond Crunchies yang terbaru.



Sebab apa Caramelo Almond Crunchies ni dikatakan berkhasiat ? Sebab biskut almond ni dihasilkan daripada badam, biji melon, biji labu, bijan putih & hitam serta campuran caramel.Wah semuanya berkhasiat kan. Kalau korang dapat tengok, kandungan Cholesterol adalah 0 dan tinggi Protein iaitu 91.8. Caramelo Almond Crunchies merupakan produk muslim, Halal & buatan Malaysia.

Khasiat Caramelo Almond Crunchies :

★ Almond
  Kandungan Protein, karbohidrat dan vitamin B yg tinggi. Sangat sesuia untuk kanak-kanak untuk tumbesaran tulang, gigi dan otak.Sangat sesuai utk ibu hamil dan orang dewasa untuk kebaikan jantung.

 ★ Melon seeds
Mengandungi zat besi, magnesium, zinc, vitamins, lemak dan kalori yang penting utk nutrisi harian. 

★ White/ Black Sesame seeds
Kaya dengan kalsium, magnesium, copper, zat besi, mangnesum, zinc, vitamins,dan fiber. Mampu memberi kebaikan kepada tubuh terutamanya kepada buah pinggang, limfa, usus dan hati 

★ Pumpkin seeds
Kandungan protein, magnesium, Omega 3, zink dan zat besi yg tinggi. Menghilangkan stress, memastikan tidur yang lena, mengekalkan PH badan.



Tengok tu sangat mewah dengan almond.Rasanya memang sedap, tidak terlalu manis. Rangup dan gula karamelnya sangat best,Tak liat atau keras. Kalau duk depan tv sambil makan Caramelo Almond Crunchies memang tak sedar habis satu balang. Sesuai sangat untuk dijadikan kudapan, kuih raya, hantaran, gift.Packaging menarik, tak mudah masuk angin dan tak mudah pecah ok.Kalau dijadikan kuih raya, sure tak laku kuih lain hehe, sori ye cik semperit.


Caramelo Almond Crunchies
Price : RM25
Nett : 200 gram


Web :

Facebook :

Instagram :



No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign