Mar 16, 2015

Chriszen Colla Jelly Review

Kolagen memang sudah trending sekarang untuk kita tampil sihat, cerah dan cantik. Bermacam-macam brand di pasaran. Sampai pening kan untuk kita buat pilihan. Kolagen sangat penting untuk kita untuk mengekalkan keremajaan dan kesihatan bukan hanya wajah malah tubuh. Kolagen akan semakin berkurangan dalam badan kita bila umur semakin meningkat, so kita kenalah top-up kolagen tu semula. So kali ni aku nak share tentang satu produk yang berasaskan kolagen, tapi yang ni tersangatlah unik dari produk yang lain ada di pasaran. Chriszen Colla Jelly. Sebab apa ia unik, sebab ianya dalam bentuk jelly dan sangat berkhasiat.


Chriszen Colla Jelly ni ada 3 flavor iaitu strawberry, mango dan laici. Aku lebih suka laici hehe, sebab memang sebiji rasa laici. Mango dan strawberry pun sedap gak. Tengok dia punya packaging sangat cantik bling-blig dan yang paling pinky hehe. Chriszen Colla Jelly ni adalah buatan Malaysia yang diformulasikan dari Korea. Wah sebut pasal Korea menyengeh korang kan. Haruslah sebab Korea memang trending dalam industri kecantikan dan kesihatan selain hiburan.


Chriszen Colla Jelly disahkan Halal, ada kelulusan GMP dan KKM. So boleh cantik tanpa was-was. Kat situ boleh korang tengok dia punya kandungan. Wahhh tersangat kaya dan mewah dengan kolagen. Selain dihasilkan dari campuran beri, rumpai laut, aloe vera, EstroG-100 dan Apple Stem Cell. Kesemua bahan tersebut memang kita tahu sememang berkesan untuk memelihara serta menjadikan kulit kita cantik, mulus, cerah dan anjal. Selain menyihatkan badan dari dalam hingga luaran. So korang jangan bimbang semuanya bahan semulajadi, daripada tumbuhan dan tiada sumber haiwan.

Chriszen Colla Jelly banyak khasiat selain ia senang dimakan, ia sangat membantu mencerahkan dan menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan, garis halus, pigmentasi, jeragat , tona wajah tidak sekata dan bekas jerawat. Selain membantu menguatkan rambut, kuku dan membantu kesihatan dalaman badan.



Dalam satu kotak ni ada 10 paket. Setiap paket ada 20g colla jelly. sangat cute kan. 
Hah pastikan beli yang original tau, maklumlah sekarang banyak produk yang diklon. Senang je nak kenal mana Chriszan Colla Jelly yang asli, just pastikan ada label hologram. Korang boleh scan di telefon pintar korang untuk maklumat produk. Kalau korang nak tahu kesemua produk Chriszen ada label hologram.


Wah senang sungguh just koyak dan makan. Tak payah nak bancuh, shake-shake lagi. Sangat menjimatkan tenaga dan masa. Sesuai sangat bila time kita travel mana-mana, tak payah nak usung tumbler, shaker bagai. Kita makan je, sebiji macam jelly biasa, tapi penuh khasiat tau. Bau memang sangat sedap, fruity. Rasa pun sebiji macam laici. Tapi macam aku citer tadi, dia ada lagi 2 flavor iaitu mango, strawberry. So ikut tekak korang nak yang mana hehe.


RM 49 

Hah bakal duta Chriszen ke... haha, tapi memang terasa kesannya. Terasa kulit lebih lembab, cerah dan anjal. Gunalah secara berterusan untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum.
So kalau korang berminat untuk mencuba.. korang boleh hubungi :

Web :

Facebook :

Infoline :
+603-6179 8400  /  1700-81-7737















3 comments:

  1. Wahh.. jelly yang berkhasiat.. :D

    ReplyDelete
  2. terimakasih atas informasinya gan, saya mencari informasi tetang jerawat yang selalu mengganggu penampilan wajah.
    .

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign