Mar 18, 2015

Chriszen Exfoliating Gel (Review)

Salam n hai semua. Sebelum ni aku ada update review tentang produk dari Chriszen yang sememangnya awesome, korang dah baca belum? Kalau belum korang boleh klik je link kat bawah, kat sana korang boleh baca betapa awesome nya colla jelly, moist cake, ampoule dan sponnge dari Chriszen.


Tapi kali ni nak share sikit teng satu lagi produk terhangat dari Chriszen iaitu Chriszen Exfoliating Gel atau orang kita panggil gel pengelupasan atau mudah paham scrub la... Berbeza dengan scrub atau gel pengelupasan produk yang lain istimewanya Chriszen Exfoliating Gel ni adalah kita boleh guna satu badan ok, dari muka sampai ke kaki, so kat situ tak payah susah-susah keluar duit untuk beli gel pengelupasan atau scrub yang berbeza untuk muka dan badan. Satu produk aje korang boleh guna satu badan, memang menjimatkan dan memudahkan kerja huhu.Diformulasikan dari KOreaaaaaa

RM 15.90 (SM)
RM 17.90 (SS)

Berasaskan air dan extract buahan semula jadi
Kalau korang nak tahu exfoliating gel by chriszen ada dalam 3 pilihan flavor, ada papaya, lemon, strawberry semuanya berasaskan buahan semulajadi, tiada sumber haiwan halal dan selamat digunakan ada kelulusan KKM .Aku sekarang pakai yang flavor lemon, sangat syiok dan fresh.Jangan risau, semua jenis kulit boleh guna produk ni, tak kira kulit jenis kering, kusam, berminyak dan segala macam.


Ada 4 bahan aktif yang diformulasikan dalam gel pengelupasan ni tau. dan yang paling aku suka produk Chriszen kebanyakkan berasaskan air. Air memang bagus sebab membantu penyerapan yang lebih cepat.

Ektrak Chrysanthelium Indicum
Berfungsi sebagai agen anti-penuaan, merawat jerawat, mengawal lebihan minyak dan antioksidan.

Glycerin
Mencegah kulit kering selain menyihatkan kulit.

Magnesium Klorida
Meningkatkan penghidratan kulit serta menganjalkan kulit.

Air
Membantu penyerapan yang lebih baik, baiki tekstur kulit, mengurangkan kedutan, garis halus.


Picitkan sikit gel kat kawasan yang korang nak scrub. Kalau korang dapat tengok tekstur gel ni memang macam air, sejuk je dan tak melekit. Bau dia memang best, bau lemon. Ohh jangan lupa selain badan, muka pun boleh ok, lagi bagus sebab boleh menanggalkan segala blackhead, whitehead, jeragat tanpa rasa sakit. 

Seeloknya korang sapu pada kulit yang kering untuk hasil yang lagi best sebab gel ni pun dah berasaskan air. Then korang just sapu je tak payah gonyoh sangat. Jang bimbang ok gel ni tak macam scrub yang biasa kita pakai, tak menyakitkan. Memang sejuk je, best sangat. Korang nampak tak yang putih-putih tu, tu bukan daki ye, tu sejenis gam berasaskan air, gam tu la yang akan menari segala daki dan kotoran, kalau dia bertukar jadi coklat atau hitam bermakna ada kotoran. Gel pengelupasan atau scrub ni boleh pakai 2 kali seminggu je, tak boleh pakai hari-hari nanti nipis pulak kulit huhu.

Nampak ketamakan di situ hehe

Korang akan rasa kesan lepas pakai gel ni tau, dapat rasakan kulit lebih cerah, bersih dan segar. Kalau kita pakai secara konsisten tak mustahil kulit akan lebih anjal, cerah, sihat dan mulus ewah. Lepas pakai exfoliating gel ni, apply pulak losyen, memang the best lah.Tak percaya, so kena try la...



Web

Facebook

Infoline
+603-6179 8400  /  1700-81-7737








2 comments:

  1. Wahh, ada papaya, lemon dgn strawbery lah.. mesti wangi kan bau dia.. :D

    ReplyDelete
  2. Hi,like your post,sy dh try y strawberry,mmg bgus ,dlu sy seeing menghadapi msalah parut jerawat,n jerawat of coz hehe skrg Alhamdullillah dgn mngamalkan stiap minggu dh kurang ,hehe

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign