Mar 6, 2015

Resepi Air Longan Kering Dan Kurma Merah

Resepi air longan kering dan kurma merah

Minuman ini mampu menyejukkan badan dan sebagai agen milk booster.Sangat sedap, menyelerakan serta menyihatkan badan.Kebiasaannya diminum oleh masyarakat cina.Tak salah kita mencuba asalkan ia Halal dan bermanfaat.



Bahan-bahan :

10 biji longan kering
10 biji kirma merah
10 ketul gula batu
1 cawan white fungus
3 cawan air



Cara penyediaan :

1.Cuci bersih white fungus, dan rendam dalam air panas sehingga kembang.Setelah kembang, toskan dan potong halus-halus.

2.Cuci bersih longan kering dan kurma merah sehingga bersih.

3.Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan masak sehingga white fungus menjadi lembut dan longan kering menjadi kembang.Sejukkan dan sedia diminum.



Tips

-Sangat sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi kerana mampu menambahkan susu badan.

-White fungus boleh digantikan dengan sarang burung untuk lebih khasiat dan tekstur.

-Gula batu boleh diganti dengan gula perang atau gula pasir.

Selamat mencuba :)

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign