Mar 21, 2015

Resepi Pulut Mangga Ala Thai

Resepi Pulut Mangga Ala Thai

Dah lama teringin nak makan, selalu juga lah kengkawan post di FB, yumss sangat kan.Pulut Mangga ni tersangatlah popular si negara Thai, kat sana kan memang banyak mangga.Ingatkan susah nak buat dia ni, rupanya tersangatlah simple dan kosnya taklah mahal sangat.Kebetulan abah ada bagi beras pulut original dari Kedah, hubby pulak duk beli mangga punyalah banyak.... ehemmmm maka terhasillah hidanganpemanis mulut ni.





Hidangan untuk 4-6 orang makan
Bahan yang diperlukan :

Bahan A
2 cawan beras pulut
2 cawan air

Bahan B
1 kotak kecik santan segera
2 cawan air
1 s/b tepung jagung
1 s/k garam
4 s/b gula
1 helai daun pandan

Bahan C
4 biji Mangga yang ranum

Cara penyediaan :

1.Cuci beras pulut seperti kita cuci nasi, masukkan air dan kukus di dalam loyang sehingga masak.

2.Dalam satu periuk, masak santan dengan api yang kecil selama 1minit, kemudian masukkan tepung jagung, garam, gula, air serta daun pandan dan kacau hingga semuanya larut.Padamkan api.

3.Setelah masak bancuhan santan, sudukan 3 sudu besar ke dalam pulut yang sudah masak, gaul sebati dan ketepikan.Biar sejuk.

4.Kupas mangga, dan potong kiub atau bentuk kesukaan anda.Hidangkan dengan pulut dan santan.Enak dimakan sejuk.Yummmms



Selamat mencuba

posted from Bloggeroid

9 comments:

  1. Sedapnya pulut mangga..lama dah tak makan ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah memang sedap kalau makan time cuaca panas ahhhh asyiknya hehe

      Delete
  2. Sedap nye mama pulut mangga ni, rindu kampung XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, dah lama teringin nak makan, selalu pulut durian je hehe

      Delete
  3. nak buat jugak!! hahaha.. kecur tengok.. naseb laa skrg tengah senang nak dapat mangga

    ReplyDelete
  4. baru try makan sekali, this time nak buat sendiri pulak. thanks for d recipe =))

    ReplyDelete
  5. mak mertua suka buat tapi saya x berapa suka....

    jemput singgah blog saya
    http://85mutiarabeauty.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Must try recipe ni...nmpk Murah.... Tq share yer

    ReplyDelete
  7. Assalam, boleh order pulut mangga?utk 4 org. Tlg bg contact no. Urgent!

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign