Tips Penjagaan Luka Bersalin Caesarean

by - March 12, 2015

Tips penjagaan luka bersalin secara Caesarean atau pembedahan.

Dari pengalaman melahirkan anak pertama Adam Darwiish secara Caesarean atau pembedahan sebab kedudukannya songsang.So kat sini ingin dikongsikan sedikit tips dalam menjaga luka pembedahan.Ianya penting sangat sebab kalau luka tak dijaga dengan betul akan dijangkiti kuman dan lambat untuk baik dan kering.Silap -silap boleh warded ye kawan-kawan.... kalau dah bernanah, berair.


1.Jangan disapu minyak gamat sebab parut luka akan menjadi hitam dan gelap.Tak cantik nanti.Tapi memang cepat kering.

2.Lap tempat luka sehingga kering setiap kali selepas mandi.Jangan biarkan ia lembab sebab akan dijangkiti kuman.Nanti tak pasal-pasal bernanah dan berair.Ada orang siap keringkan pakai hair dryer tau.Tapi aku dulu just lap dengan kain bersih.

3.Jangan pakai barut, bengkung buat 2 minggu selepas melahirkan.Sebab luka masih baru.So tak boleh beri tekanan atas luka.Kalau pakai kain batik pun jangan ikat ketat.

4.Jangan duduk dalam tempoh yang lama, banyakkan baring, berehat.Manfaatkan masa berehat, berpantang ni.

5.Jangan angkat benda berat seelokknya selama 2 tahun.Cuba elakkan ye, kalau boleh.Maklumlah 7 lapis kulit perut kita dibelah.Subhanallah.Kang tak pasal-pasal terbuka bekas czer tu.

6.Minumlah pati ikan haruan, air gamat, sup haruan atau lain-lain bagi membantu penyembuhan luka luaran dan dalaman dengan lebih cepat.

7.Jangan langgar pantang makan, uiiii nanti bernanah dik oi.Nauzubillah, jangan makan benda gatal, telur, ayam segala bagai tu.Nanti gatal, nak bergaru cam mane.

Semoga tips tersebut sedikit sebanyak dapat membantu.Sekiranya ada kemusykilan dan masalah boleh tanya mereka yang lebih berpengalaman atau rujuk doktor terus ok.

posted from Bloggeroid

You May Also Like

3 ulasan

  1. betul tu satu lagi amalkan mkn buah oren..menpercepatkan luka sembuh insya allah

    ReplyDelete
  2. mtk jauh la kena czer time bersalin..ngeri plak rsa..lebih susah nk jaga drp beranak normal huhu

    ReplyDelete
  3. Bagus info ni untuk mommy yg bakal dapat anak pertama lebih2 lagi mommy yg first time kena caesarean..

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish