Tips Tanggalkan Label Pada Jar Dengan Mudah

by - March 14, 2015

Siapa suka re-use jar atau balang-balang kaca ? Ala macam jar sos spegheti ke, mayonis, jem ke.. macam aku memang suka kumpul botol jar ni.Tapi dulu memang terkial-kial nak tanggalkan label pada jar u.Tapi sekarang tak lagi.... nak tahu cam mane.. meh sini tengok


Pertamanya, tanggalkan penutup jar, kemudian rendam aja dalam air paip.Air tu biar sampai tenggelam jar.Kalau nak lebih cepat, tambah sikit pencuci pinggan.Biarkan dalam setengah jam ke, sejam ke... ikut suka korang.


Lepas tu, just gosok atau tolak je label tu dengan jari, label tu akan tanggal macam tu je.Tak kan ada tinggal saki baki kertas mahupun gam.Sangat menjimatkan masa dan tenaga, tak payah dok gonyoh, sental sampai berkilat.


Amacam berkilat tak.... hehe... yang ni jar sos spagheti, selalunya akan aku re-use untuk isi cili kering, bahan tumis yang dah diblender.Malas nak pakai bekas plastik, nanti melekat warna.Lagi satu memang aku suka menambah sesak kabinet dapur heheh.

posted from Bloggeroid

You May Also Like

1 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish