Yong Tau Foo Balai Bomba Taiping Terbaek !!!

by - April 01, 2015

Yong Tau Foo Balai Bomba ? aikkk balai bomba jual young tau foo ke hehehe.Cam pelik je kan.Hujung minggu lepas, kami sekeluarga berkesempatan berkunjung ke Changkat Jering, Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan member En.Suami.Alang-alang datang dari jauh sekali sekala, kami pun bermalam di sana.Malam tu En.Suami ajak pekena yong tau foo the best in Taiping katanya. Pucuk dicita ulam mendatang haha... aku bab makan on je.



Ha itu dia big boss kami.Mekasih ye.Lokasi nya adalah di Bandar Taiping, sebelah Balai Bomba, depan Taiping Mall, dalam Medan penjaja wahhh lengkap tu... kalau korang pening, korang waze aje.Tapi memang femes lah.Tengok tu En.Sotong bergayutan dengan si kangkung.Memang ramai orang, meriah.Peniaga pun ramai.Banyak pilihan makanan.



Wah banyaknya pilihan, besar-besar, segar pulak tu.Kalau korang nak tahu, lebih kurang 6 deretan peniaga yang jual yong tau foo sotong kangkung ni.Memang lagend... ada yg meniaga dari tahun 1983.Ini bukan yong tau foo biasa-biasa cam kat pasar malam ok.Aku ambik x banyak sangat, sebab nak isi nasi juga hehe.Tapi yang penting sotong mesti ada.Konsep dia, pilih, tunggu dorang masak, makan, bayar.



Ha itu dia... terkejut aku, ambik sikit je, nah ambik kau sepinggan besar, emmm dalam hati... habis ke tak ni.mahal ke hehe.Kalau standard harga aku beli pasar malam alahai semangkuk kecik je dah RM20, kalau yang ni agak-agak berapa lah... Aku tak ambik kangkung sebab mood berpantang ada lagi.Dituang dengan kuah, sos istimewa, ditabur dengan kekacang dan bijan.



Bismillah, abaikan wajah pelahap ku itu, tudung yg kemek... ada ku kesah haha.Puhhhh memang super, kuah dia pekat, lain dari yang biasa aku makan sebelum ni.Sotong punya lah besar, fresh, lembut aje.... yang lain2 dimasak sempurna.



Hasil lahapan ku dan En.Suami... Alhamdulillah, sehingga menjilat lidi.Oh ye harganya hanya RM25 cam tak caya kan... murah giler.Sedap... adehhhh nak lagi.Kalau ada rezeki... boleh makan lagi.Miss You ♥

posted from Bloggeroid

You May Also Like

3 ulasan

  1. mmg terbaik yong tau fu sini..tempat pun happening..pekena YTF dgn ABC pulak tu pehhhh..menggamit kenangan laaa..lama xgi sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Best nya suasana santai mcm gitu, murah pun satu hal.. Ntah bila la rezeki nk p sana lagi uwaaaa

      Delete
  2. Malam bukak sampai pukul.berapa?

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish