Apr 24, 2015

5 Barang Yang Nak Aku Shopping di Rakuten Malaysia

Rakuten Malaysia adalah port paling awesome untuk kaki shopping secara online.Macam-macam barangan ada .Ibarat shopping mall. Dari pakaian, beg, kosmetik, skincare, makanan, kereta, perkakasan rumah...uiii banyak lagi lah.Oh ye yang paling best kalau kita shopping di rakuten.com ni kita boleh kumpul point tau... nanti kita boleh redeem untuk bayaran belian seterusnya.Selain tu ada ditawarkan diskaun, kupon, promosi dan banyak lagi.Dan yang paling penting ianya dipercayai dan selamat.





5 item yang aku nak shopping di rakuten.com :



Revoflex Xtreme Resistance Workout Machine
RM 45 

Sebabnya harga before less adalah RM65, dan harga termasuk GST hehe. Sekarang ni fokus nak kuruskan badan, nak mantapkan mana yg x berapa nak mantap dah hehe.Nak pergi kelas zumba, gym takde sape jaga baby. So dengan mesin ni bolehlah aku workout dengan senang dan happy kat rumah.Lagi pun yang aku suka sebab ianya mudah dan simple untuk dibawa kemana2.Mudah untuk dikendalikan, sempoi je.Dengan alatan ni boleh buat 40 exercises yang berlainan tau.Wahhh best ni kalau konsisten tak mustahil dapat body shape yang awesomekan.

ZUII ORGANIC Bud Collection (Natural / Glamour / Fashion) 0

ZUII ORGANIC Bud Collection 
RM 126.20

Best kalau dapat beli ni.Harga before less  RM366.80.Set mekap organik dari Australia.Siapa yang tak nak.Ada sijil Halal Australia, bebas dari sumber haiwan.Aku nak sangat try produk Zuii ni sebab tak pernah lagi guna kosmetik yang organik.Mesti best kan.Dalam set ni pula lengkap dengan lipstik, lip tint dan eyeshadow.Lepastu boleh pilih set warna mana yang kita nak.Sama ada natural, glamour atau fashion.Wah makin gojes la kalau pakai set Zuii ni, dah lah gojes, sihat pulak tu, maklumlah ia kan berasaskan organik


HANAKA BLACKHEAD PORE WHITE MASK 500g 0

HANAKA Blackhead Pore White Mask 500g

RM69

Mask dari Japan ni.Best kalau beli ni sebab, rasanya kalau kat luar susah nak cari.Kalau produk Japan jarang yang mengecewakan.Betul tak.Mask ni fugsinya lebih untuk menanggalkan blackhead yang ada di muka, hidung, dahi kita tu.So tak payah la terjerit2 kesakitan sebab picit muka tu lepas ni. lagipun harga ni murah, harga sebenar adalah RM85.

(READY STOCK) Red Velvet Bow Wedges 0
RM 49

Wah kalau shopping, tak sah kalau tak beli kasut.Adoiii berkenan ngan kaler dia... teringat pulak kat red velvet cupcakes....auuummm yummmy.Dah lama x melaram ngan wedges, heels lepas ada baby ni.So lepas ni jaga2 ye... mama nak dress up githewww.Feeling macam kumpulan Sistar pulak.Yang best nye metarial luaran dibuat dari suede, agak lembut, halus macam velvet lah.Dalam pulak dari leather/pu... kompem x melelas kan.Sebelum less harga RM69.

Collagen Peelaser Deep Cleeansing Oil 0

RM 72.08

Produk dari Korea.Memang akan aku grab. Terbukti berkesan.Harga pun mampu milik kot.Harga asal RM99.Wow banyak diskaun kan.Yang bestnya ia berasaskan kolagen.Membersih wajah dari dalam, kiranya pembersihan secara menyeluruh.Menggunakan ekstrak betik dan beras.Ada juga buah argan.Sesuai untuk semua jenis kulit.Dalam masa kita mencuci wajah, kulit pun akan sentiasa sihat, anti-aging, anti-wrinkles sebab adanya kolagen tadi.Awesome kan.


Kalau korang dapat tengok... kelima item yang aku pilih semuanya ada potongan harga kan.Itulah kelebihan shopping di rakuten.com.Semuanya best2 barang dia.. berkualiti .Proses belian pun lebih selamat, jimat dan mudah.So apa lagi jom shopping di Rakuten Malaysia.



Anda boleh mendapat produk-produk tersenarai di Rakuten Malaysia
Post ini merupakan entry untuk Peraduan Blogger ShopCoupons X Rakuten. Anjuran ShopCoupons.
Rakuten Voucher tajaan Rakuten Malaysia.




3 comments:

  1. Red Velvet Bow Wedges tu cantik...hehe

    ReplyDelete
  2. wah..mcam best je..saja je nak bagi ida shopping juga kan..hheheh

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign