Apr 6, 2015

Celebrate Birthday @ AYERS ROCK BUTCHER & GRILL DAMANSARA

Ayers Rock Butcher & Grilk Damansara lokasi birthday dinner aku yang ke-29.Al-kisahnya 31 Mac 2015 haritu hehe...29 dah umur, Alhamdulillah masih diberi nikmat kehidupan.Tahun ni lebih bermakna sebab tahun ke-5 sambut birthday dengan En.Suami, dan tahun ni sambut dengan 2 orang buah hati si Darwiish & Baby Bella.Tapi sedih pasal tahun ni tak dapat balik kampung celebrate dengan mak,abah dan adik-adik di kampung.Tak pe, mak kate, ditunda hehe,



Dah lama En.Suami teringin nak mencuba makan disini.Maklumlah suami aku ni meat lover nak pulak kalau ada daging kambing.Wahhh meriah gitu.. merah konsepnya.Perabut semuanya kayu... simple je kan.Suasana yang cool, staff yang friendlu, menu yang pelbagai.Pilih aje..



Tada.... itu dia birthday cake aku.... simple, black forest masa kecik-kecik selalu makan kek ni.Kira mengimbau memori lah ni.Sorry kali ni tak ada lilin.Tak kuasa nak tiup-tiup dah.Itu menu pilihan En.Suami, Ayers Special Plate ada lamb chop, telur, sosej dan vege.Si Darwiish pulak dengan Pasta carbonara with beef tapi beef nya aku yang makan hehe.Dia layan pasta aje, sampai setengah pinggan.Sedaplah maknanya tu.



Yang ni pilihan birthday mama haha. Chicken grill with potato salad aje... tapi memang syiok... macam nak tambah sepinggan lagi... tapi kena control sikit lelemak tu huhu.Ayam dia masih berjus, sos black pepper memang umpphhh tak pahit,salad memang yummms.habis licin sume, tinggal tulang aje.Ohh harga makanan kat sini boleh tahan jugak,terutamanya menu yang ada daging mungkin daging yang digunakan berkuliti sebab ianya diimport dari Australia.Tapi memang puas hati, berbaloi-baloi & happy.



Alhamdulillah, kenyang.Terima kasih buat emak.. Allah aje yang dapat membalas jasa emak yang mengandungkan, melahirkan, membesarkan dan mendidik aku tanpa jemu.Abah yang sentiasa menyayangi dan melindungi aku.Tak lupa suami, anak-anak.Sahabat, teman maya di atas ucapan dan doa yang dikirimkan.Hanya Allah yang mampu membalasnya.Sayang semua ♥♥♥♥♥

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign