Apr 23, 2015

(DIY) Mask Kacang Hijau Rawat Jerawat

Mask kacang hijau tersangat berkesan untuk merawat masalah jerawat dan kulit berminyak.Dapat inspirasi masa tengok rancangan kecantikan Korea hehe.Aku kalau bab nak cantik kompem laju je.Kalau korang nak tahu sebelum ni aku ada usha harga mask kacang hijau yang femes kt fb tu.Tapi mak aiiii, x mampu la pulak huhu.Maka dengan keinginan nak juga cuba mask kacang hijau ni, aku google resepi homemade nya.Macam2 versi ada.Kosnya tersangatlah murah dan sangat simlple.Tapi hasilnya super licioussss gitew.Natural ok, tanpa bahan kimia.... Sebab kacang hijau kaya dengan vitamin dan protein.

Resepi Mask Kacang Hijau

2 genggam kacang hijau
1 botol kecik plain/natural yogurt



Cara penyediaan :

1.Blender sampai hancur kacang hijau.Guna blender kering ye.
2.Campurkan 1 sudu serbuk kacang hijau dan 1 sudu yogurt
3.Bancuh dan kacau sebati.
4.Tepek atas muka hehe, dah kering, cuci bersih, gonyoh2 sikit macam skrub.
5.Lap muka kering...korang rasakan hasilnya nanti.




Serbuk kacang hijau yang lebih tu boleh simpan dalam bekas, besok2 nak pakai lagi.Ohh kalau x nak guna yogurt, boleh ganti dengan madu atau air biasa.



Wahhh syiok sangat, hari2 boleh pakai mask, sungguh menjimatkan, mudah dan paling penting, jerawat makin kecut, kuli rasa lembut, sejuk je.Rasa segar, macam pakai mask yang branded pulak.Tak percaya? Nanti cuba k....

posted from Bloggeroid

3 comments:

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign