Apr 25, 2015

Pengalaman Demam Chickenpox Semasa Pregnant

Chickenpox during pregnancy uhhh tuhan je yang tahu macam mana rasanya.Pengalaman ni masa aku mengandungkan anak pertama Adam Darwiish.Lagi 3 minggu je nak melahirkan.Boleh korang bayangkan tak, dengan rimas, gatal, miang chickenpox tu sambil bawak perut yang membesar tu.Allah je yang tahu...



Nak dijadikan cerita, terperasan ada satu gelembung di tangan, gelembung berair macam gambar kat atas tu.Dengan pantas En.Suami bawak jumpa doktor.Whattttt!!!!!! rupanya aku dah kena chickenoox atau orang kita panggil demam cengkering.Ada yang kata chickenpox ni seumur hidup sekali je kena.Ntah ye atau tak, aku tak pasti.Doktor kata aku mungkin dijangkiti virus tu masa ada ditempat awam, macam shopping mall, market, kedai .Sebab ia sangat mudah berjangkit hanya melalui angin.

Doktor klinik panel tu pun kasi surat transfer ke klinik kesihatan yang aku buat checkup setiap bulan.Sedihnya korang tau x nurse yang bertugas dah pegang perut aku untuk check, tiba2 die lari... aku dengar dia bisik ngn member dia, cakap dia takut jangkit sebab dia pregnant... habis aku ni x pregnant ke ! Sangat x professional kan.

Mak aku bawak balik kampung, sebab risaulah, cucu sulong pulak tu.Mak aku kata chickenpox ni x boleh makan ubat sembarangan nanti x habis keluar.Sangat bagus kalau bintik chickenpox tu keluar sampai kulit kepala, tapak tangan dan kaki.

Ya Allah , memang tak selesa, dengan keadaan kita x selesa dengan kandungan, demam, rimas, gatal, miang... semua ada.Bintik2 pun dah penuh kat muka, badan dan yang paling sedih kat perut hu.Dalam kepala ni pikir, macam mana lah, baby kat dalam ni..... Tapi Alhamdulillah doktor kata, baby ok, sihat, chickenpox takkan sampai dalam perut.

Hari2 aku nangis, hu3 berat sangat dugaan tu kot,Hari2 juga mak aku kasi minum air kelapa muda, letak daun apa ntah bawah bantal.Sambil tu aku sapu juga krim yang doktor bagi.Dia punya merenyam, bukan boleh garu.... ha pantang chickenpox jgn bagi kena hujan, walaupun tempias... nanti parut tak hilang.Jangan menggoreng makanan sebab chickenpox tu makin bertambah .

Alhamdulillah hampir 2 minggu juga... akhirnya demam pun surut.Chickenpox pun makin mengering, ada juga tinggal parut, sebab degil garu sana sini hu.Apa yang penting selalu kena reffer doktor.Jangan asyik dengar mitos dan cerita yg mengarut.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign