Apr 29, 2015

Tips Pengambilan Kolagen



Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Penghasilan kolagen semulajadi berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan.

So jangan risau, kita masih boleh topup kolagen yang berkurang.Dah banyak di pasaran, pelbagai bentuk, ada cecair, serbuk, kapsul dan dalam produk kosmetik.Tapi cara pengambilan kolagen haruslah betul, supaya penyerapannya lebih berkesan.

Tips Pengambilan Kolagen :

♥ Pastikan jenama kolagen korang disahkan Halal, ada pengesahan KKM, sijil GMP, supaya tiada yang memudaratkan.

♥ Ikut arahan pada botol, paket produk.Kalau disarankan makan, bancuh 1 scoop, maka makanlah ikut arahan.Jangan kurang atau tambah sukatan.

♥ Seeloknya ambil kolagen semasa perut kosong, lagi memudahkan penyerapan.Seelokknya sebelum sarapan dan sebelum tidur.

♥ Sebolehnya elakkan minuman berkafein, atau jarakkan masa pengambilannya.Kafein menghalang penyerapan kolagen.

♥ Jangan bancuh kolagen dengan air panas, bagi kolagen yang perlu dibancuh atau dikocak.Air panas akan mematikan protein kolagen.

♥ Amalkan gaya hidup sihat, kurangkan makanan berlemak, berminyak, merokok, alkohol, kafein.Banyakkan senaman.

Ok itulah antara tipsnya. Selamat bergojes semua xoxo

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign