May 22, 2015

7 Makanan Yang Baby Tak Boleh Makan

Seawal usia 6 bulan bayi sudah boleh diberi makanan seperi puree.Semuanya mesti lembut, halus bagi memudahkan ia dihadam oleh usus2 comel mereka.Kebiasaannya makanan bayi ni adalah seperti labu, beras, epal, pear dan akan berubah mengikut bulan contoh ayam, sawi pada bulan2 seterusnya.Tapi harus diingat bahawa ada makanan yang tidak boleh diberi makan kepada bayi sehingga mereka berusia 1 tahun.Kerana usus mereka yang masih muda, baru, comel dan tidak mampu untuk menghadam dengan baik.



Madu
●Ia mengandungi bakteria yang boleh merosakkan usus kecil bayi, mengakibatkan masalah yang dipanggil botulisme bayi, iaitu satu sindrom yang jarang berlaku.
●Madu juga merupakan sejenis gula, bermakna ia tidak elok untuk giginya yang mula hendak tumbuh

Sesetengah jenis ikan
●Jerung, todak atau marlin mungkin mengandungi merkuri (raksa) yang boleh menjejaskan sistem saraf bayi yang sedang berkembang.
●Juga, jangan beri bayi anda kerang-kerangan mentah untuk mengelakkan risiko keracunan makanan

Telur mentah atau kurang masak
●Pastikan telur dimasak sempurna sehingga bahagian putih dan kuningnya keras.

Makanan rendah lemak, rendah kalori dan berserat tinggi
●Makanan seperti ini tidak sesuai untuk bayi. Bayi memerlukan makanan yang tinggi kandungan tenaganya.

Kacang
●Jangan beri bayi makan kacang sebiji-sebiji sehinggalah umurnya lima tahun kerana ia boleh menyebabkan bayi tercekik.

Garam
●Jangan tambah garam dalam makanan bayi kerana buah pinggangnya tidak dapat memprosesnya.
●Hadkan pengambilan makanan masin yang dimakan bayi anda seperti keju dan sosej.
●Periksalah label pada bungkusan makanan. Bayi sepatutnya mengambil tidak lebih daripada 1g garam (0.4g sodium) sehari.

Gula
●Makanan dan minuman manis tidak baik untuk gigi bayi anda dan boleh menyebabkan dia menggemar makanan manis.
●Tambahkan sedikit sahaja gula dalam makanan bayi jika anda rasa perlu, contohnya untuk merebus buah-buahan masam seperti plum.
●Jangan beri bayi anda pudding manis, aiskrim, biskut atau gula-gula.

***Semoga sedikit sebanyak dapat membantu ♥

posted from Bloggeroid

5 comments:

  1. anak buat husna umur 3 bulan dah makan kak.sbb die tak puas menyusu kot,,. habis semua die telan buah, ice cream, n alhamdulillah perut die tahan.. hehehe but tq for info nice sharing kak:)

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian mama :-)

    tapi saya belum kahwin lagi dan baru lepas habis sekolah >_<

    ReplyDelete
  3. bagus info nih untuk yang mempunyai anak kecil..

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign