May 15, 2015

VIETNAM MASK Tanggalkan Blackhead (Review)

Vietnam Mask antara produk yang paling viral di media sosial.Vietnam Mask ni fungsinya adalah untuk menanggalkan blackhead & whitehead di wajah.Mesti korang teruja nak cuba kan... macam tu jugalah dengan aku.Naik merah dah batang hidung hari-hari duk picit huhu.





Vietnam Mask itulah rupanya.Cenonet je bekasnya kan.Packagingnya sangat simple hanya guna plastik yg macam plastik ubat dari klinik tu.Dalam tu akan disertakan sekali dengan kertas arahan pemakaian, tapi kalau korang paham bahasa Vietnam boleh lah.Lepas tu disediakan sekali dengan kepingan kertas putih yang nipis, ala-ala kertas serap minyak kat muka tu.Ada lah dalam 30keping kot.Aku x kira pun keh2.Ohh ye kalau kita tengok pada label tu, ada gambar aloevera.So maknanya ada ekstrak aloevera lah tu.



Aku kalau beli apa2 produk, mesti aku belek2 cari tarikh luput.Vietnam Mask ni tarikh luputnya kat bawah botol.Ok dah puas hati aku.Bahaya tau kalau guna produk tamat tarikh luput ni.



Buka je botol , ada satu lagi lapisan penutup.Bau dia macam bedak sejuk yang warna oren.Yang nenek aku selalu guna dolu2.Tekstur pulak melekit2 macam gam.Warna dia putih cerah.Wah x sabar aku nak try nih.

Cara pakai Vietnam Mask :

1.Cuci bersih muka macam biasa.Lap kering.

2.Oleskan sedikit Vietnam Mask pada bahagian yang korang nak tanggalkan blackhead.Macam kat hidung ke, seluruh muka pun boleh.

3.Tampalkan kertas putih.Kertas putih tu automatik akan melekat sebab Vietnam Mask tu macam gam.

4. Biar selama 5 minit, kulau dah x sabar sangat 3 minit pun boleh kot.Tapi hasil nya kuranglah.

5.Pasti cuci muka semula untuk hilangkan kesan gam Vietnam Mask.





Puhhh meriah sungguh blackhead aku ha.Puas rasa.Ringan batang hidung.Yang paling best tak menyakitkan.Muka, hidung pun tak merah2 akibat duk picit2.Mudah, simple, murah pulak tu.Sebotol tu aku rasa tahan berbulan2 kot sebab cecair dia likat, pakai sikit je.Laki pompuan boleh pakai.Ohhh kalau nak pakai 1 muka, elakkan kawasan mata dan kening ok.Jap g hilang kening korang.



Vietnam Mask memang best, tak rugi beli.Berbaloi.Kalau korang berminat nak beli harganya RM15 sebotol, harga termasuk postage.Boleh whatspp 012-9125998 utk belian dan pertanyaan.

posted from Bloggeroid

16 comments:

  1. woah! macam best je...nak cuba tapi byk lg plak pelekat blackhead ni kat rumah...hihihi

    ReplyDelete
  2. best sangat pakai mask vietnam ni...

    jemput singgah blog saya
    http://85mutiarabeauty.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah lapang rasa hidung hehe...in sha allah

      Delete
  3. simple, murah dan puash hati kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, pakai sikit je, habis semua tanggal

      Delete
  4. Replies
    1. Sure boleh, tp utk kebaikan je ye, jgn lupa backlink blog saya k :)

      Delete
  5. Ada kandungan gelatin hm maaf yaa ini halal ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ada gelatin, saya tanya dealer ianya Halal :)

      Delete
  6. Maaf tanya...VM ni kandungan gelatinnya daripada apa?..mohon pencerahan..

    ReplyDelete
  7. Nak tanye kalo xde kertas nipis tu ley pakai kertas ape je?? Saya ada lagi cream tu tapi kertas dye hilang plakk.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. Kalau dah habis tisu yg dy bagi tu, blh guna apa lg nk tempek jt muka?

    ReplyDelete
  9. Pernah cuba dekat pipi,tercabut bulu-bulu halus.Sangat bagus boleh guna untuk wax bulu halus juga.

    ReplyDelete
  10. sya baru nak cuba pakai ni...hehe

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign